Genetik Konsep dan Masalah
Genetik merupakan suatu cabang Biologi yang mencabar. Penyelesaian masalah dan pemahaman konsep amat ditekankan. Pengajaran dan pembelajaran yang betul menjadikan subjek ini amat menyeronokkan.
Genetik: Konsep dan Masalah mengandungi huraian tentang konsep dan contoh-contoh soalan serta penyelesaiannya. Buku ini merangkumi tajuk-tajuk: Corak pewarisan/Prinsip Herediti, Statistik Peristiwa Genetik, Ubahsuaian Nisbah Mendel, Kacuk uji dan Kacuk balik, Kaitan gen, alel dan kromosom, Gen terangkai seks, Genetik Manusia, Genetik Populasi, Mutasi, Genetik Molekul dan Asas Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi. Setiap tajuk dilengkap dengan rajah-rajah menerangkan konsep-konsep yang sukar difahami dan rajah-rajah untuk menerangkan sesuatu teknik atau proses. Buku ini sesuai untuk Genetik asas peringkat universiti, STPM, Matrikulasi, A level dan yang setaraf dengannya. Buku ini merupakan edisi pertama penulis dan sebarang teguran yang membina amat diharapkan.
Instructor Biography
Fatimah Mohamed dilahirkan di Bentong, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sulaiman, Bentong, Pahang, Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, Selangor dan Sekolah Menengah Karak, Pahang. Berkelulusan ijazah B.Sc (Hons.) (Botany) dan M.Sc (Reproductive Biology and Embriology) daripada Universiti Malaya. Beliau pernah bertugas sebagai sebagai Tutor sambilan di Jabatan Botani, Universiti Malaya dan lnstitut Maxisegar, Bukit Sentosa selama 3 tahun. Pernah juga membantu penyelidikan Dipterocarp dalam projek A11 , Malaysian-ODA dan mengikuti kursus sitogenetik di UKM, Bangi serta Royal Botanic Garden Edinburgh, Scotland di bawah penyeliaan Dr. Kwiton Jong.
Pada masa ini bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, semenjak 1998.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.