image

Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti menggabungkan pengetahuan, panduan dan aktiviti-aktiviti latihan kendiri yang sangat berguna menarik dan praktikal untuk semua. Buku ini dihasilkan berdasarkan modul dan aktiviti kendiri bagaimana sesorang pelajar bertindak memotivasikan dirinya sendiri untuk berjaya dalam akademik dan kehidupan. Proses peningkatan kemahiran ini dipercayai sangat berkesan kerana ia selaras dengan kaedah bimbingan dan kaunseling. Model Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti dicipta berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan penilaian penulis selama lebih 15 tahun dalam psikologi, kaunseling, pembangunan modul dan bimbingan pelajar cemerlang.

Berdasarkan modul ini, pelajar akan dbimbing secara sistematik untuk meningkatkan motivasi dan berjaya ke Universiti. Secara khusus, buku ini dibahagikan kepada tujuh bab. Berdasarkan tujuh bab ini, pelajar akan mengalami proses kendiri bagi menginsafkan diri, meningkatkan pengetahuan dn mengamalkan strategi berdasarkan keperluannya sendiri untuk cemerlang. Perbezaan kaedah ini ialah pelajar tidak perlu berjumpa dengan kaunselor, bahkan memadai dengan membaca buku ini dan membuat tugasan-tugasan kendiri yang diberikan. Namun, kaedah ini akan lebih berkesan jika pelajar dapat berbincang secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang lebih berkemahiran seperti guru, ibu bapa, fasilitator atau kaunselor sendiri. 


Instructor Biography

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip merupakan pensyarah psikologi dan kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Merupakan kaunselor profesional dan berdaftar di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580); Keahlian PERKAMA; Keahlian PSIMA; Pengamal Neuro-Linguistic Programming (NFNLP, USA). Penulis pelbagai buku ilmiah dan bacaan umum seperti Delinkuen Juvenil dan Sosial: Pencegahan, Pemulihan dan Isu Kontemperori, Bimbingan dan Penasihatan, Kemahiran Bimbingan Kaunseling, Fasilitator Efektif dan Dinamik, Modul Kelompok: Aplikasi Pendekatan dan Teknik Bimbingan (Siri 1 dan 2) dan pelbagai penulisan jurnal dan artikel yang dibentangkan di dalam dan luar negara. Beliau juga merupakan perunding latihan yang berpengalaman luas dalam mengendalikan lebih daripada 1,000 perundingan kepada lebih 30,000 peserta institusi kerajaan dan swasta. Berkemahiran dan berpengalaman dari segi model dan praktikal kursus berkonsepkan psikologi dan kaunseling, Neuro Linguistic Programming (NLP), hypnosis dan hypnotherapy, Law of Attraction (hukum tarikan), sub-concious mind (kuasa minda) dan sebagainya.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.