image

Buku ini bertujuan berkongsi maklumat dalam bidang teknologi pendidikan, khususnya dalam domain penilaian. Domain penilaian ialah satu daripada lima domain yang terdapat dalam bidang teknologi pendidikan. Penilaian juga terletak di bawah kegiatan penyelidikan gunaan. Kegiatan penilaian wajar diberi perhatian dan tindakan secara berterusan sejajar dengan perkembangan ilmu yang telah menyemarakkan perubahan kandungan kurikulum dan strategi pelaksanaannya. Dapatan daripada kegiatan penilaian adalah penting untuk mempermudah para pembaca membuat keputusan bagi pertimbangan menambahbaik kualiti pendidikan, terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.


Instructor Biography

Abdul Latif Haji Gapor berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang Teknologi Pendidikan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia di Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 1998. Beliau adalah pengamal domain penilaian dalam bidang ini sejajar dengan pengalaman luas beliau yang bertugas sebagai Guru Siswazah (1980-1986), Penolong Pengarah di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pahang (1986-1994), dan pensyarah di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (1994-1998). Beliau juga berpengalaman menjalankan tugas-tugas pentadbiran peringkat universiti sebagai Penyelaras Unit Latihan Mengajar, Pengarah Pusat Teknologi Pendidikan dan Multimedia dan Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Beliau berkelulusan Bachelor Sains dengan (Kepujian) UPM dan Doktor Falsafah (Teknologi Pendidikan UTM).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.