Bertemu Janji Allah

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 117 )
RM 15.00

Manusia di sisi Allah tidak diukur semata hanya kerana kejayaan mereka menguasai kehidupan dunia, tetepi kejayaan hakiki adalah sejauh mana mereka menyingkap keperluan hidup akhirat. Hitam putih kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia. 

Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menimpalah azab daripada-Nya. Keresahan di mashsyar tidaklah dapat dibayangkan, sehingga mata yang melihat akan terbelalak dengan azab itu. Meminta tolong pun tiada guna kerana orang lain juga menanggung azab yang sama. Kata Hasan al-Basri, pada hari itu semua muka manusia terpaksa memandang ke atas, kerana mereka tidak mahu memandang sesama manusia yang berwajah sedih, cemas dan resah disebabkan masing-masing di dalam kesusahan. 

Buku ini mengajak pembaca menyelusuri jalan-jalan di mahsyar yang menyayat hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat, Tok Guru cuba mendorong kita menjadi mukmin yang cintakan akhirat kerana di sanalah kesenangan abadi.

  Isi Kandungan & Kalam Penerbit
  Bab 1 - Bab 10
  Bab 11 - Bab 20
  Bab 21 - Bab 30
  Bab 31 - Bab 40
  Bab 41 - Bab 50
  Bab 51 - Bab 60
  Bab 61 - Bab 70
  Bab 71 - Bab 80
  Bab 81 - Bab 82 & Penutup

YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan di Kelantan pada 10 Januari 1931. Pendidikannya bermula dalam bahasa Melayu dan Arab. Selepas menamatkan pendidikan di peringkat menengah, beliau menyambung pelajaran di Deoband (Darul Ulum), India dan beroleh Master Degree in Arts (M.A) dalam bidang Perundangan Islam dan Kehakiman dari Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir.

 

Permulaan kariernya, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang guru di Ma’ahad Muhammadi, Kota Bharu sebelum menceburkan diri dalam dunia politik dan pendakwah bebas. Pada tahun 1967, beliau mula bergiat aktif dalam bidang politik.

 

Beliau pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Kelantan Hilir (1967 – 1974), Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1974 – 1986), Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan Semut Api (1986 – 1995) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan Chempaka (1995 – 12 Februari 2015).

 

Dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 22 Oktober 1990 hingga 6 Mei 2013. Tokoh tersohor ini juga pernah menjawat sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (1971 – 1995), Pesuruhjaya PAS Kelantan (1978 dan Penasihat Umum (Mursyidul Am) PAS (1991 – 12 Februari 2015)

 

Beliau berkahwin dengan Datin Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan mereka dikurniakan 10 orang anak. 

 

Pada 12 Februari 2015, Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau, Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.