image

Pendekatan kajian secara empirikal merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh ahli akademik dalam usaha untuk memahami situasi ekonomi semasa. Justeru, buku Kajian Empirikal Ekonomi Alaf 21 merupakan salah satu usaha ahli akademik dlam bidang ekonomi untuk mengupas isu-isu semasa berkaitan dengan pelbagai bidang ekonomi melalui penggunaan data-data sekunder dan primer.

 

Buku ini mengandungi 11 bab kesemuanya. Isu-isu yang dibincangkan dalam setiap buku dalam buku ini telah disokong dengan kajian-kajian yang sama oleh para pengkaji yang terdahulu bagi memperkukuhkan lagi dapatan kajian yang ditemui.


Instructor Biography

Norimah Rambeli @ Ramli bertugas sebagai Profesor Madya di Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi dari University of Southampton, United Kingdom. Bidang penyelidikan beliau ialah kajian ekonomi pembangunan, ekonomi alam sekitar, ekonomi monetari, aplikasi ekonometrik, ekonometrik gunaan, ekonometrik siri masa, perdagangan antarabangsa dan pulangan pasaran saham. 

 

Emilda Hashim mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam pengurusan ekonomi di University of Pittsburgh, USA dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya. Berpengalaman bekerja dalam bidang pengurusan industri, menjadi tutor dan pensyarah. Kini, beliau bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan berkaitan ekonomi pembangunan, ekonomi buruh, pendidikan ekonomi dan ekonomi pengurusan.

 

Norasibah Abdul Jalil menerima pendidikan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Texas Tech University, USA dan mendapat Ijazah Sarjana Ekonomi dan Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa. Kini, beliau berkhidmat sebagai Profesor Madya di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan ekonomi, perniagaan dan keusahawanan serta pendidikan dan kepimpinan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.