Asas-asas Fiqah Untuk Orang Awam

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 183 )
RM 12.00

Masyarakat sering bertanya, “Ustaz, apa hukum perbuatan ini?” Sewajarnya kita perlu bertanya, “Ustaz, apa hukum perbuatan ini dan kenapa hukumnya begitu?” Ilmu asas Fiqah ini adalah ilmu yang membicarakan ‘kenapa hukumnya menjadi begini dan begitu’. Disitulah sedikit sebanyak hikmah dan objektif syariat dapat diserlahkan serta keindahannya dapat dirasai. 

Kita mengamalkan ilmu bukan sekadar ikut-ikutan sahaja, tetapi kita perlu tahu mengapa kita lakukan begini dan begitu. Selain mengetahui keaslian sumber agama, kita juga akan berasa puas untuk beribadah kepada Allah. 

Semoga Allah memberi kefahaman agama kepada kita, ditambah kesungguhan untuk menuntut ilmu.

Ahmad Sabiq Abdul Rahman merupakan anak kelahiran Kuala Kubu Bharu, Selangor. Beliau memiliki Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat daripada Darul Quran JAKIM dengan keputusan cemerlang dan seterusnya diberi Anugerah Menteri pada tahun 2008. 

Kemudian bermusafir ke Khartoum, Sudan, selama setahun mendalami ilmu terutamanya hadis secara tidak formal. 

Beliau memiliki Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Muhammad bin Saud, Riyadh, Arab Saudi.