Menilai Persamaan Al-Quran, Hadis & Bible
Statistik agama di dunia menunjukkan Islam dan Kristian adalah dua agama yang mempunyai penganut yang terbesar. Kedua-duanya menjadi agama yang popular diamalkan di seluruh dunia. Bahkan ayat al-Quran juga menunjukkan hubungan yang lebih mesra antara Islam dan Kristian berbanding agama-agama lain.
Buku ini bukanlah bertujuan mengajak orang Islam menjadi murtad atau memaksa orang Kristian mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi ia mahu membuka ruang untuk kita menilai persamaan serta perbezaan Islam dan Kristian dari sudut akademik dan kajian.
Selain itu, kandungan di dalamnya membahaskan isu-isu akidah, akhlak, ibadah dan teori agama berdasarkan sumber rujukan utama Islam dan Kristian. Ia menjadikan rujukan al-Quran dan Hadis berada di samping Bible dalam setiap perbahasan.
Dengan adanya buku ini, diharapkan pemikiran para pembaca akan lebih meluas dan ilmu menjadi semakin bertambah.
Instructor Biography
Ahmad Iqram bin Mohamad Noor anak kepada Mohamad Noor bin Deraman. Berasal dari Kadok, Ketereh, Kelantan. Dilahirkan pada Julai 1993, merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Dewan Beta, Kelantan dan melanjutkan pengajian menengahnya di Maahad Muhammadi Lelaki Pengkalan Chepa, Kelantan serta mengambil Sijil Pengajian Tinggi di SMU (A) Hamidiah Lilbanin wal Banat di Kadok.
Setelah itu menyambung pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia ke SMU (A) Azhariah Melor, Kelantan. Sekarang menuntut di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Islamil Petra mengambil jurusan Diploma Usuluddin. Sedang mendalami kitab agama antaranya al-Quran Hadis, Bible, Vedas, Zent Avesta, Granth Guru Sahib, dan buku-buku ilmiah yang lain. Sekarang masih lagi memperincikan kajian terutama sekali al-Quran dan Bible.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.