image

Apa yang menjadikan saintis Islam pada zaman pertengahan sebagai saintis teragung sepanjang zaman?

 

Ianya bukan sekadar kehebatan ilmu pengetahuan mereka, atau kaedah baru yang mereka perkenalkan kepada seluruh dunia yang tanpanya abad ke-20 tidak melebihi kegelapan zaman pertengahan.

 

Apa yang menjadikan mereka sebagai saintis teragung sepanjang zaman tidak lain dan tidak bukan adalah ketinggian etika mereka, yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa di seluruh pelosok dunia. Mereka merupakan tokoh yang menjunjung prinsip Islam sepenuhnya. Mereka mendapat inspirasi dari kata-kata Nabi Muhammad SAW yang meringkaskan tujuan pengutusan Baginda ke atas muka bumi ini dengan bersabda: “Sesunggungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji” (Riwayat Baihaqi). Sesungguhnya, Islam adalah mengenai nilai akhlak yang terpuji iaitu kejujuran, kepercayaan, ketaatan, kemasyarakatan, bertanggungjawab, dermawan, bermoral, kesopanan, ketekunan, kesabaran, belas kasihan, mempunyai perasaan malu dan mematuhi perintah Allah SWT.

 

Ajaran agama Islam adalah sangat jelas: Untuk menjadi seorang Islam bermakna seseorang itu perlulah mengamalkan nilai budi pekerti yang sangat tinggi, jika tidak seseorang itu akan menjadi manusia yang paling hina; seorang hipokrit.

 

Islam dan peradabannya telah dilabelkan sebagai kejam, biadab, mundur dan terkebelakang daripada segi tingkah laku dan juga ilmu pengetahuan.  Malangnya, semua salah faham ini masih wujud sehingga ke hari ini.

 

Buku ini merupakan suatu usaha gigih untuk membawa cahaya kebenaran tentang ciptaan istimewa serta pencapaian hebat saintis Islam pada zaman pertengahan.

 

Semenjak zaman Nabi Muhammad SAW dari abad ke-7 hingga abad ke-14, Islam merupakan pengasas dalam semua bidang ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sains, perubatan dan teknologi. Tokoh-tokoh seperti Ibnu al-Haitham, al-Razi, Ibnu Nafees, Jazari, Battani, Biruni, Ibnu Hayyan dan Zahrawi, tidak dinyatakan kesemuanya di sini, sangat sukar didapati, dan tiada yang setanding mereka meskipun pada zaman kontemporari kini. Penemuan pakar Islam dalam pelbagai bidang beratus-ratus tahun lebih maju ke hadapan jika dibandingkan dengan zaman mereka dahulu. Sedangkan hasil kerja Harvey, Pasteur dan Newton tidak dapat dibandingkan dengan pencapaian luar biasa tokoh-tokoh Islam ini.  

 

Kini sudah tiba masanya dunia mengakui kebenaran tentang kejayaan orang Islam membina peradaban terhebat sepanjang zaman. Islam membina peradaban bermula dengan jiwa manusia sebelum membinanya di bumi nyata. Malangnya, peradaban lainnya dikukuhkan dengan pembinaannya dahulu seterusnya mengakibatkan kesengsaraan berpanjangan dan kebinasaan berterusan kepada manusia. Abad ke-20 menjadi saksi akan hakikat yang dahsyat ini.

 

Penulis

5 Muharam 1431H

22 Disember 2009

 

Kredit Muka Buku kepada:

Banco de Imagens Gratis | FreeJPG [2021] - FreeJPG

astrolabio Imagens y vectores Premium do Istock

Visit:

Get this image on: istockphoto.com | Licence details

Creator: jodiecoston

Credit: Getty Images

Copyright: jodiecoston


Goals/Objectives

Tujuan buku adalah untuk memberi penjelasan dan Tarikh Tamadun Islam di dalam Teknologi dan Sains di samping dengan terperinci saintis Islam di dalam pelbagai bidang sains kecermelangan dan akhlak etika tertinggi yg dituntut oleh ajaran Islam yang termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W.

 

Adalah sangat mendukacitakan apabila Tamadun Islam yang merupakan tamadun terawal dan terulung dari abad ke 7 Zaman Rasullullah S.A.W. ke abad ke 14 di mana Saintis Muslim seperti Ibn Haytham Al Razi Zahrawi Ibn Nafees mencapai sains begitu gemilang sementara kejayaan sains saintis barat seperti Harvey Pasteur atau Einstein dan Hawkings kejayaan adalah pale in comparison, merupakan satu tiruan pencapaian saintis Islam yang terawal.

 

Walau bagaimanapun Tamadun Sains Islam tidak diberikan gambaran yang benar dan merupakan pioneer tamadun sains dan teknologi sebelum diambil oleh Barat dan Timur sehingga dewasa ini dan dipanggil Dark Ages walaupun hakikat sebenarnya patut dinamakan sebagai The Golden Age of Science and technology.

 

Seperti maktub di dalam ayat pertama yang diturunkan di dalam Al-Quran iaitu Iqra - membaca di mana ilmu pengetahuan diutamakan bagi setiap Muslim baik lelaki mahupun perempuan di dalam semua bidang supaya mencapai keimanan yang sebenar dan mendekati Allah SWT disamping menghayati akhlak kelakuan beretika tinggi seperti yang dihayati oleh Rasullullah SAW yang bersabda - "Aku di hantar dan di utus oleh Allah S.W.T. dengan etika yang tertinggi" ~ Baiqani.

 

Adalah diharapkan generasi dewasa dan kehadapan akan mengetahui sejarah dan kejayaan tamadun Islam di dalam semua aspek kehidupan, lebih-lebih lagi di dalam dunia sains dan teknologi serta mendapat inspirasi dan meneruskan pencapaian terulung dan terbaik sehingga akhir zaman.

Instructor Biography

Profesor Madya Dr Fahmi Mustafa Mahmoud

Dr Fahmi berasal dari Nablus Palestin dan tamat pengajian Sarjana Muda dlm bidang Zoology dari university Kuwait 1976 dan memperolihi Doktor falasafah didalam bidang Biologi dalam tahun 1981 di Universiti Wales Utara, Uniited Kingdom .Penulis bermula bertugas di Fakulti Sains Universitii Jordan dan kemudian pensyarah B Arab di Akademi islam UM Malaysia, dan penolong Professor di Universiti Nablus di Palestine dan kemudian ber tugas di beberapa universiti di Jordan seperti Universiti Applied Sains, Universiti Zarka, Universiti Zaytoona Jordan dan akhir sekali di tahun 2011 ke 2013 di fakulti Perubatan di Universiti Perubatan Cyberjaya Malaysia. Antara karya penulisan Allahyarham adalah ‘’AIDS the Untold story, Haram Babi di dalam Al-Quran, Family violence in the West, Womens Fiqih dan Greatest Scientists of all times Ibn Haytham dan Al Razi dan beberapa artikel tentang sains dan Islam.

 

Nurhana Ibrahim Abdullah.

Beliau mendapat Pendidikan 7 tahun di Kolej Tunku Kurshiah Seremban Malaysia didalam bidang kesusateraan Bahasa Inggeris Universitii Malaya 1979 dan mengikuti kursus Post graduate Linguistics Universiti Wales Utara United Kingdom 1981-82.Mula bertugas Pensyarah Bahasa Inggeris di School of Applied Science UITM dan Pensyarah Bahasa di Pusat Bahasa Universiti Malaya Malaysia 1979 to 1981 dan pensyarah di Universiti Wanita Zarka Jordan 1983 dan di 1985 di Kolej matrikulasi Australia UITM Malaysia. Kini beliau adalah aktivis haq Wanita dan SOSIAL DAKWAH DISAMPING PENGARAH dan penyelidik di Institute  Ibn Nafees Sains, Sosial dan Kajian Wanita ,Amman Jordan. Karya penulisan dan  buku buka beliau adalah AIDS Penyakit Homoseksual, Womens Fiqh, Family Violence in the West, Prohibition of Pork in the Holy Quran, The greatest scientists of all times Ibn Haytham and Al Razi.dan Stories of Women Behind the Veil Book 1 and 2 di samping beberapa articles tentang wanita di dalam Islam dan sains dan Islam.

Reviews

  • image

    Real Leaders Solutions

    Alhamdulillah, sangat bagus buku ini. Banyak sangat yang saya belajar terutamanya tentang kehebatan Tamadun Islam. Mesti di baca oleh semua.

    18/05/2022 04:55:00

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.