image

"Di dalam bas, saya melihat kebanyakkan jemaah berkumat-kamit berdoa dan bertalbiah. Kemudian, saya mengalihkan pandangan ke arah luar. Kelihatan padang pasir terbentang luas. Subhanallah. Teringat ketika zaman sekolah, ustaz selalu menceritakan sejarah penghijrahan Nabi Muhammad. Dahulu, pada anggapan saya kota Madinah dan Mekah tidak jauh. Tetapi, apabila merasai sendiri rupanya perjalanan Madinah ke Mekah mengambil masa 8 jam lebih dengan menggunakan bas atau kereta. Saya terfikir bagaimana pula jika menaiki unta? Berapa lama perjalanan itu? 

Menitis air mata saya apabila mengenangkan pengorbanan Rasulullah SAW. Bukan senang hendak merentasi padang pasir yang begitu panas, tiada air, susah hendak dapat makanan. Apatah lagi hendak mengatasi perompak di padang pasir. Pelbagai cabaran sebenarnya perlu ditempuhi oleh Rasulullah SAW demi untuk menyebarkan agama Allah yang mulia". 

Naskah ini adalah sebuah catatan perjalannan bersifat kembara iman. Ia bermula dari Malaysia, Turki, Madinah dan Mekah. Rasailah detik ketika penulis berada di Kota Istanbul yang dahulu pernah menjadi zaman kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fatih. Penulis menceritakan secara terperinci setiap kali tiba ke satu lokasi yang dikunjungi.


Instructor Biography

Amli Ghazali merupakan anak kelahiran Pokok Sena, Kedah. Beliau mula mendapat pendidikan di SK. Wan Abdul Samad. Kemudian, meneruskan pengajian ke Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak, SMA Raudahtul Ulum, Langgar, Alor Setar. Selanjutnya, beliau menduduki STPM di SMK Agama Kedah dan akhirnya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia dalam Program Bacelor Pendidikan Bimbingan dan kaunseling atau Pendidikan Islam. Kini, beliau bertugas sebagai Kaunselor Organisasi di Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Antara karya beliau ialah ‘Nilai Sebuah Persahabatan’, dan ‘Segala Yang Termanis Ada Dalam Kenangan’. ‘Umrah Backpackers’ adalah karya pertama penulis bersama Kemilau Publika.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.