image

Anak yang kerap terjaga, sukar tidur, tak cukup tidur, berjaga sehingga lewat malam, mengamuk sebelum tidur dan tak pandai tidur sendiri adalah antara masalah popular yang di hadapi ramai ibu bapa.

Hutang tidur perlu dibayar dengan tidur. Maka, bila hutang gagal dibayar, anak jadi sangat kuat meragam akibat keletihan. Ibu bapa pula stress dan penat. Satu rumah jadi bad mood.

GOOD NEWS nya, tidur ialah kemahiran yang boleh dipelajari. Buku ini membincangkan kaedah mudah dan berkesan untuk memperbaiki isu tidur anak dan melatih anak untuk menjadi independent sleeper yang diidamkan semua ibu bapa!. 


Goals/Objectives

Tidur adalah keperluan penting manusia. Bayi perlukan tidur yang cukup dan berkualiti untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat. Manakala ibu bapa pula perlukan tidur untuk kekal waras dan berfungsi.

Ibu yang murung akibat kurang tidur tidak stabil secara emosi dan gagal sensetif dalam merespon serta memenuhi keperluan anak. Manakala anak yang dibesarkan oleh ibu yang gagal sensetif serta tidak stabil emosi pula hilang kepercayaan kepada hubungan sosial manusia.

Maka, di sinilah pentingnya tidur anak yang bermasalah itu dibaiki. Kerana, kesannya adalah dua hala. Ibu bapa yang melakukan sleep training bukan kejam, bukan mementingkan diri atau kebaratan. Ibu bapa yang melakukan sleep training adalah ibu bapa yang berusaha mendapatkan kegembiraan hidup melalui kesan tidur yang berkualiti.

Instructor Biography

Uswatun Hasanah bt Mohd Habib merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat pentaulihan dalam dua bidang utama tangisan bayi dari dua institut yang berbeza.

Pentauliahan pertamanya adalah pada tahun 2010 dari Dunstan Baby Language (DBL) Institute yang berpusat di Sydney, Australia. DBL merupakan sistem pertama seumpamanya di dunia yang mengajar ibu bapa untuk mengenalpasti tangisan rutin bayi menerusi bunyi-bunyian pra vokal yang dihasilkan semua bayi sebelum mereka mula menangis.


Hampir empat tahun kemudiannya, beliau mendapat pentaulihan keduanya dari The Happiest Baby(THB) Education Association yang berpangkalan di California, USA. Pentaulihan kedua ini melengkapkan beliau dengan ilmu dan kemahiran teknik mententeramkan bayi yang digelar Cuddle Cure


Bermula sebagai seorang bakal ibu yang amat takutkan tangisan bayi, kini beliau mengakui amat ‘pantang’ mendengar bayi menangis. Beliau begitu tertarik dengan bentuk komunikasi tanpa bahasa ini serta kemampuan sebenar setiap ibu untuk memahami dan mententeramkan bayi mereka.

7 tahun selepas aktif membantu ibu bapa dengan permasalahan tangisan dan tidur bayi kecil, 0-3 bulan, beliau melangkah dua tapak ke hadapan dengan mengambil pentauliahan susulan bagi dua lagi topik besar khas bagi membantu permasalahan ragam tangisan dan tidur bayi besar iaitu:

Basic sleep training bayi 4 bulan sehingga 2 tahun dan Perkembangan mental anak 0-2 tahun, keduanya pada 2019. Kini, hampir sedekad beliau menyantuni ratusan keluarga dan pasangan ibubapa dengan permasalahan ragam tangisan dan tidur menerusi pelbagai inisiatif dan medium.

Pemilik page Baby Language ini masih gigih menyebar ilmu melalui tulisannya serta telah mula berkecimpung sebagai YouTuber menerusi channelnya, Konsultan Tangisan Bayi Malaysia.

Pembukaan Baby Cry Support Center yang terletak di Kajang pada 2018 adalah satu lagi mercu kegigihan beliau untuk menyebar ilmu kepada masyarakat.


Pernah menjadi ‘contributing writer’ bagi Majalah Pa&Ma selama setahun, kini beliau merupakan ahli dan panel penulis doktorbudak.com. Ibu kepada dua orang anak lelaki ini kini merupakan seorang konsultan tangisan bayi sepenuh masa yang aktif menganjurkan kelas, menerima jemputan ceramah serta menawarkan khidmat konsultasi. 

Reviews

  • image

    Cannot download the book, plus website server is slow and keeps ‘hanging’ - have to keep ‘refreshing’ the webpage and log-in + log-out. In the end, have to / decided to manually screenshot each page and make a PDF file of the pages (combined) in order to read the book in peace, with agreeable speed, and without frustrations.

    28/11/2022 14:21:26

  • image

    Difficult to view.. Not friendly user.. So irritating

    12/06/2022 08:20:41

  • image

    ash'ari 2013

    beacubb

    07/03/2022 21:13:17

  • image

    ash'ari 2013

    Because not best

    02/03/2022 21:21:03

Average Rating

4
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.