Hiduplah seperti Orang Asing

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 155 )
RM 7.00

Dunia ini hanya satu persinggahan. Perkara ini sudah diketahui oleh semua manusia. Namun, hanya sedikit yang mengambil iktibar daripadanya. Ramai yang tertipu dengan perhiasan dunia. Ramai yang leka dibuai hiburan dunia. Ramai yang tersasar jauh daripada matlamat kehidupan yang sebenar sedangkan kehidupan akhirat itu jauh lebih baik daripada kehidupan di dunia. 

Ramai dalam kalangan manusia itu lebih memikirkan permasalahan kehidupannya di dunia berbanding permasalahan kehidupannya di akhirat. Mungkin kerana kejahilan menguasai diri atau berlakunya tipu daya iblis ke atas dirinya. 

Hal ini sangat menakutkan apabila kita tidak pernah bertanya kepada diri sendiri, “ke manakah aku akan pergi selepas ini?” “Bagaimanakah nasibku setelah roh dan jasadku berpisah?” “Mengapa aku berada atas muka bumi ini?” “Apakah tujuan kehidupan ini?” “Antara syurga dan neraka, mana satu menjadi pilihanku?” “Apa yang patut aku lakukan?” serta pelbagai lagi persoalan-persoalan yang sewajarnya ditimbulkan.

Husril bin Mula dilahirkan pada 31 Ogos 1988 di Sandakan, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bandar Sandakan, Sabah. Selepas tamat persekolahan peringkat rendah, menyambung di Sekolah Menengah St. Mary, Sandakan Sabah. Kemudian mengambil kursus peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Akademi Ikatan Muslimin, Ipoh Perak. Penulis juga mendapat pendidikan di Madrasah Pasir Tumboh, Kelantan dalam bidang balaghah (bahasa Arab) dan pelbagai ilmu disiplin. 

Dalam masa yang sama, penulis melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam di Kolej Islam Antarabangsa, Kota Bharu Kelantan dan penulis dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang pada peringkat diploma. Sekarang, penulis sedang bertugas di Sekolah Rendah Islam Kota Kinabalu sebagai guru agama dan merangkap jawatan Penolong Kanan, di samping menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian al-Quran dan as-Sunnah (program eksekutif & PBJJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cawangan Kota Kinabalu.