image

Buku Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan membicarakan hal tentang Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu yang telah dipersetujui bersama antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1972. Buku ini membincangkan hal-hal tentang Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Sistem Keselarasan Huruf Vokal, Kesalahan Pengejaan Kata, Ejaan Kata Pinjaman, Rangkaian Kata dan Kata Majmuk. Beberapa latihan, ujian dan panduan ejaan turut disediakan khusus bagi membantu para pengguna buku ini menguasai Sistem Ejaan Bahasa Melayu dengan sempurna tanpa melakukan kesilapan. 


Instructor Biography

Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dilahirkan pada 23 Ogos 1945 di Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Perak dan mengikuti kursus perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai dan Universiti Malaya. Kemudian, beliau mengikuti kursus bagi menyiapkan tesis Ph.D di Universiti of California, Berkley, Amerika Syarikat. Belau bergiat cergas dalam penyelidikan dan penulisan tentang bahasa dan linguistik Melayu. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.