image

Buku Sistem Pangkalan Data ini ditulis dalam bahasa Malaysia untuk memudahkan pelajar-pelajar memahami konsep pangkalan data. Buku ini boleh digunakan sebagai panduan atau rujukan oleh pelajar-pelajar dalam jurusan Teknologi Maklumat/Sains Komputer untuk membina sistem maklumat berasaskan pangkalan data. Susunan tajuk-tajuk berdasarkan urutan konsep pangkalan data. Tajuk-tajuk adalah seperti pengenalan pangkalan data, persekitaran pangkalan data, kitar hayat pembangunan sistem, model perhubungan entiti, model hubungan, penormalan, bahasa pertanyaan berstruktur (SQL) dan pangkalan data, internet dan web.


Instructor Biography

Modi Lakulu, adalah pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Memperoleh ljazah Sarjana Muda Sains Komputer daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan ljazah Sarjana Kejuruteraan Perisian daripada University of Bradford, UK.

Aslina Saad, adalah pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Memperoleh ljazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ljazah Sarjana Teknologi Maklumat daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.