image

Buku ini disusun untuk memperkatakan dua konsep dalam bidang epistemologi ilmu yang lahir pada awal abad ke-21 ini: Islam Hadhari dan Globalisasi. Konsep pertama dibawa oleh pemikiran kuasa-kuasa besar Barat bagi mengeksploitasi kuasa-kuasa kecil dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi dan sosiobudaya. Buku ini berusaha menjelaskan bagaimana pendekatan yang membawa kaedah baharu Islam yang bersifat hadhari atau bertamadun yang positif bagi menangani gelombang globalisasi yang mungkin membawa akibat negatif kepada dunia dan manusianya. Buku yang mengandungi sepuluh bab ini membahaskan definisi dan strategi globasisasi Islam Hadhari, mengikut perspektif negara Malaysia. Ia turut membicarakan takrif dan konsep Islam Hadhari oleh para ilmuan Islam dengan mendalam. Dalam membicarakan Islam Hadhari sebagai asas kepada pemikiran global, aspek-aspek pendidikan, pembangunan insan, dan perhubungan dengan sains dan teknologi juga dikupas dengan panjang lebar. Selain itu, buku ini membincangkan bagaimana Islam Hadhari menangani isu-isu terorisme, ekonomi, ilmu pengetahuan dan sosiobudaya, di samping usaha untuk membina satu paradigma pendidikan pemikiran Islam bagi menangani gelombang globalisasi yang kian mendesak kehidupan umat manusia. 


Instructor Biography

Mohd. Yusof Hasan yang berasal dari Hosba, Jitra, Kedah menceburkan diri dalam bidang pendidikan sebagai guru, pensyarah, profesor madya dan profesor selama lebih 40 tahun di sekolah, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau juga terlibat dalam bidang perundingan dan penilaian kesusasteraan dan pemikiran bagi Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi MARA, Open University Malaysia dan Australian National University.

Berkelulusan ljazah Sarjana Muda (Universiti Malaya), Sarjana (Universiti Sains Malaysia) dan P h .D (Australian National University) beliau rne ngendalikan k u l iah dan penyelidikan dalam bidang-bidang Kesusasteraan, Pemikiran, Epistemologi, Etika Pengurusan dan Komunikasi. Beliau menghasilkan lebih I5 buah buku, I 00 artikel dan 300 kertas kcrja dan ceramah kepada badan-badan kerajaan, berkanun dan swasta. Beliau dianugerahi darjah-darjah BKM, AMK dan DSDK oleh Kerajaan Negeri Kedah dan AMN olch Kerajaan Malaysia. Kini , Dato' Prof. Dr. Mohd. YusofHasan adalah felo penyelidik Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim; felo Penyelidik Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya; dan pernah menjadi Karyawan Tamu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.