image

Buku ini adalah sebuah catatan kehidupan yang saya tempuhi selama ada masa menulisnya. Kadang masa begitu sedikit untuk menulis, namun saya cuba mencuri masa mencatat segala yang teringat. Warna-warni bergelumang dalam dunia dakwah telah memberikan satu kehidupan yang sangat manis bagi saya. 

Menjelajah ke seluruh Negara, melihat gelagat manusia, bergaul dengan semua bangsa amat menyeronokan. Buku ini juga menyentuh hal-hal politik tanah air yang bergelojak setiap masa. Tapi, saya bukanlah ahli politik. Saya juga tidak memihak. 

Saya suka melihat watak-watak politik yang sengal, bebal dan begitu ‘comicality’. Anggapan bahawa mememeluk Islam itu sama seperti masuk Melayu memang amat kuat dalam kalangan orang Cina. Ini kerana orang yang memeluk Islam itu dipaksa menukar kepada budaya Melayu. 

Tapi, saya masih lagi orang Cina yang cintakan tanah air ini.


Instructor Biography

Ann Wan Seng adalah anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang aktivis sosial, pendakwah, penceramah dan motivator. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). 

Beliau banyak menyumbangkan artikel untuk terbitan majalah dan akhbar tempatan selain menulis buku. Sehingga kini lebih 50 buku tulisan beliau diterbitkan di bawah pelbagai syarikat penerbitan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.