Aku Melayu Di Kota Inggeris

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 437 )
RM 10.00


'Aku Melayu di Kota Inggeris' merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu. Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris. Ku kongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya. Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan. Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri. Telah ramai anak-anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar. Masing-masing dengan cabaran mereka sendiri. Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.

Sebelum matinya seorang anak Adam, berbekal titisan hikmah al-Furqan, mutiara sabda Nabi junjungan. Meminjam azimat sang pendekar silam, mantera tabib sufi dan kiasan pujangga. Begitu juga dari bicara lembut bapa yang tidak pernah jemu ditelaah kembali. Resah rindu seorang ibu. Belajar daripada ajaran guru-guru biasa yang luar biasa. Sindiran kawan, cabaran musuh. Mengembara di bumi asing sebenarnya merupakan proses belajar bertawakal, menguji sabar diri dan mencari erti diri sendiri.

Pilihan Staf:
Aku Melayu di Kota Inggeris adalah satu catatan pengembaraan seorang anak Melayu di kota Inggeris. Ia amat berguna kepada anak bangsa Melayu khususnya yang akan menjejakkan kaki di sana sebagai panduan mudah bagi mereka untuk menyesuaikan diri ketika berada di kota Inggeris tersebut. Ini kerana hidup merantau terlalu banyak suka duka pengalaman yang mesti dilalui terutama ketika berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai terdekat, mahu tidak mahu mendengar sesuatu daripada mereka yang lebih berpengalaman sedikit pun tidak merugikan apa-apa. Menarik dan santai!

Aku Melayu di Kota Inggeris adalah satu catatan pengembaraan seorang anak Melayu di kota Inggeris. Ia amat berguna kepada anak bangsa Melayu khususnya yang akan menjejakkan kaki di sana sebagai panduan mudah bagi mereka untuk menyesuaikan diri ketika berada di kota Inggeris tersebut. Ini kerana hidup merantau terlalu banyak suka duka pengalaman yang mesti dilalui terutama ketika berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai terdekat, mahu tidak mahu mendengar sesuatu daripada mereka yang lebih berpengalaman sedikit pun tidak merugikan apa-apa. 

Dr. Muhaimin Sulam dilahirkan di Bagan Datoh, tetapi dibesarkan di Sg. Manik, Teluk Intan Perak. Merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang puteri.

Kini, penulis bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan selepas menamatkan pengajian PhD. dalam bidang Kepimpinan Politik di University of Wales Trinity St. David, UK.


Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penulisan. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku di samping menjadi kolumnis surat khabar. Antara buku beliau ialah Tasawur Islam, Diari Lokap Black 14, Mat Indera: Petualang atau Pejuang? dan banyak lagi. 

Buku Aku Melayu di Kota Inggeris adalah terbitan pertama penulis bersama Kemilau Publika Sdn. Bhd. Karya ini digarap daripada pengalaman-pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang bermusafir di bumi Hamlet.