image

Kemuliaan wanita dalam Islam bukan sekadar diraih di syurga tetapi juga di dunia. Hukum Allah bukan dicipta untuk mengekang manusia terutama wanita. Namun, ianya untuk memuliakan dan itulah tujuan hakiki syariat dicipta. Disebabkan wanita mempunyai ciri khas yang berbeza dengan lelaki dari segi zahir mahupun batin (kudratnya), kewajipan mahupun haknya. Maka, agama mencipta aturan khas untuk wanita seperti aturan ketika melahirkan anak, haid, istihadhah, menyusu. 

Ianya adalah tugas yang hanya dilakukan wanita dan mustahil dilakukan lelaki. Wanita berbeza dengan lelaki daripada segi fizikal, kekuatan dan kewajipan khususnya, maka tuntunan kekuatan pun berbeza. “Dan lelaki tidak sama dengan perempuan”, demikian merupakan pernyataan Allah dalam Surah Ali Imran ayat 36. Kebanyakan wanita yang masih tidak memahami bagaimana menjalankan syariat agama kesehariannya. Di samping banyak juga yang tersesat jalan. Ketika wanita tahu syariat-Nya dan komitmennya, bererti dia telah membuka jalan keselamatan bagi dirinya sendiri dan sebaliknya kesan akan kembali kepada diri sendiri.


Instructor Biography

Dilahirkan pada tahun 1354 H. Beliau dididik oleh keluarganya mempelajari al-Quran asas-asas membaca dan menulis dengan imam masjid berdekatan tempat tinggalnya, iaitu Syaikh Hamud ibn Sulaiman at Tala’al.

Penulis mendapat pendidikan awal di Syamasiyah pada tahun 1369 H. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Madrasah Faishaliyah di daerah Buraidah pada tahun 1371 H dan menamatkan pengajiannya di Universiti Imam Muhammad bin Su’ud di Riyadh pada tahun 1381 H.

Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di institut pendidikan di Riyadh, kemudian beralih menjadi pengajar di Fakultas Syari’ah. Beliau juga ditugaskan mengajar di Fakulti Usuluddin. Turut ditugaskan untuk mengajar di mahkamah agung kehakiman dan menjadi ketua.

Buku Wanita Juga Rindukan Syurga adalah terbitan pertama penulis bersama Kemilau Publika Sdn Bhd.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.