image

Buku ini berkaitan kajian terperinci berkenaan uslub al-tanbih dalam surah ali imran. Sebuah buku yang sangat sesuai untuk kelompok pengkaji dan pencinta ilmu bahasa al-quran dan kepada mereka yang berminat untuk mendalami kehebatan dan ketinggian bahasa al-quran yang merupakan mukjizat yang diberikan kepada rasulullah saw. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku ini dengan kadar harga yang sangat berpatutan.


Instructor Biography

MUHAMMAD AMMAR FARHAN RAMLAN, MA dilahirkan pada tahun 1989 di Shah Alam, Selangor. Beliau memperoleh Sarjana Muda dalam bidang Qiraat daripada Ma’had Qiraat Al-Azhar, Syubra, Mesir pada tahun 2013. Seterusnya pada tahun 2018 memperoleh Sarjana dalam bidang Tafsir dan Ulum Al-Qur’an daripada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Unishams). Dalam aspek kerjaya, beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di Centre for Fundamental Studies, Management and Science University, Shah Alam dari Julai 2018 hingga Disember 2019. Bermula Januari 2020 hingga kini, beliau sedang berkhidmat sebagai Pensyarah di Jabatan Tahfiz dan Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

 

MOHD ADI AMZAR MUHAMMAD NAWAWI, PhD dilahirkan pada tahun 1987 di Alor Star, Kedah. Beliau memperoleh Bachelor of Arts (Arabic Language and Literature) daripada Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2010. Seterusnya pada tahun 2013 memperoleh Sarjana Pengajian Islam dalam bidang Kesusasteraan Islam dan pada tahun 2018 memperoleh Doktor Falsafah Pengajian Islam dalam bidang Kesusasteraan Islam Bandingan Arab-Melayu. Dalam aspek kerjaya, beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di Pusat Bahasa, Kolej Pengajian Islam Johor (Jun 2018-Julai 2019) dan Pensyarah Kanan di Centre for Fundamental Studies, Management and Science University, Shah Alam (Julai 2018-Oktober 2020). Kini, beliau sedang menabur bakti sebagai Pensyarah Kanan di bawah Program Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Beliau banyak menghasilkan artikel-artikel jurnal dan persidangan berkaitan kesusasteraan Islam dan Bahasa Arab di samping sering dijemput untuk menilai artikel-artikel jurnal di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

 

NAJMUDDIN MOHAMAD SAID, MA dilahirkan pada tahun 1988 di Kuala Lumpur. Beliau memperoleh Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab daripada Universiti Darul Iman dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Universiti Mu’tah, Jordan dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab dan tamat dengan jayanya pada tahun 2012. Seterusnya pada tahun 2018 memperoleh Sarjana Bahasa Arab Komunikasi daripada Universiti Sains Islam Malaysia dan kini sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah di universiti yang sama dalam bidang Sastera Bandingan. Dalam aspek kerjaya, beliau pernah berkhidmat di beberapa tempat seperti Institut Al-Quran Kuala Lumpur, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak dan kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur dan juga aktif melakukan aktiviti kesukarelawanan sebagai pembimbing jemaah umrah dan haji sebagai mutawif sejak beberapa tahun yang lalu sehingga kini.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.