image

Buku ini menyajikan makna per-kata dan makna keseluruhan bagi hadis-hadis yang terkandung dalam kitab Matan Arbain oleh Imam Nawawi rahimahullah. Mudah-mudahan e-book ini dapat membantu sesiapa sahaja yang berhajat mahupun yang sedang mengkaji Hadis 40 ini secara terperinci, khususnya bagi pelajar-pelajar di peringkat SPM, STPM dan STAM serta bagi semua lapisan masyarakat secara umumnya. 

Nantikan edisi seterusnya yang bakal membincangkan penghuraian hadis  dengan lebih mendalam, InsyaAllah. 


Goals/Objectives

Dengan membaca buku ini, mudah-mudahan anda dapat:

  • memahami hadis-hadis lazim dari himpunan Imam An-Nawawi yang sering digunakan dalam silibus pelajaran mahupun kitab-kitab kerohanian
  • mengkaji kaedah dan tatabahasa Arab melalui kalimah-kalimah yang diterjemahkan satu per satu dan penggunaannya dalam ayat dan konteks hadis
  • menambah rasa kasih kepada Nabi Muhammad SAW dan menjunjung hadis baginda SAW sebagai salah satu sumber hukum utama dalam hidup seorang mukmin

Instructor Biography

PROFIL RASMI INSTITUSI

Sekolah Rendah Islam Al-Madar & Maahad Tahfiz Al-Madar merupakan sebuah institusi berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran syarikat SA0079944-V. SRI Al-Madar juga telah mendapatkan lesen pendaftaran rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kod sekolah BJJ0014.

Dahulu, institusi ini dikenali dengan beberapa nama, seperti Sekolah Rendah Islam Al-Madar Wal Mawaddah, dan Maahad Litahfidzil Quran Al-Madar Wal Mawaddah. Semenjak tahun 2006, institusi ini telah menjalankan perkhidmatan pembelajaran agama, fardhu ain, tahfiz dan akademik di beberapa tempat seperti Puncak Alam, Puchong, dan Putra Heights. Kini, urusan pentadbiran dan pengajian adalah di Jalan Kampung Perepat, Batu 8 ½ Kapar, Klang bagi maahad perempuan dan di 31, Jalan P16D, Presint 16, 62150 Putrajaya bagi maahad lelaki.

LATAR BELAKANG PUCUK PENTADBIRAN, MERANGKAP TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar sepenuh masa terdiri daripada pucuk pimpinan eksekutif Maahad Tahfiz Al-Madar yang mempunyai pengalaman mengajar selama puluhan tahun. Mereka bukan sahaja berpengalaman luas dalam bidang agama, malah memiliki latar belakang profesional, dan mempunyai pencapaian dalam segenap bidang.

PENASIHAT: Ustazah Aslini binti Mohammad Salleh

  • Pengasas Sekolah Rendah Islam Al-Madar
  • Penasihat Maahad Tahfiz Al-Madar
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 26 tahun, di dalam dan di luar negara selaku guru, home tutor dan Guru Besar sekolah
  • Berpengalaman mengajar di USA, UK, dan Arab Saudi selama 13 tahun sebelum menubuhkan sekolah di Malaysia
  • Lepasan Jamiatul Khairiah, Dahran, Arab Saudi
  • Memperoleh Diploma dari Thompson Direct, USA
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Lincolnshire University, USA
  • Mantan pelajar University of London, UK dalam bidang undang-undang (LLB)
  • Sekarang ini, selain sibuk dengan urusan sekolah dan tahfiz, beliau juga giat berkecimpung dalam bidang penulisan

 

GURU BESAR: Ustaz Mohamad Noor Syauqi bin Mohammad Shafiee

  • Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Madar
  • Pengetua Maahad Tahfiz Al-Madar
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 8 tahun, bagi subjek-subjek agama dan akademik
  • Sering diundang untuk menjadi penceramah dan fasilitator program oleh institusi seperti sekolah, kolej, surau dan badan komuniti masyarakat
  • Lepasan Maahad Litahfidzil Quran Al-Madar wal Mawaddah
  • Merupakan pelajar cemerlang PMR 8A dan SPM 10A
  • Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM (Tas & PAI)
  • Tokoh Sahsiah Terpuji SMKPA 2010
  • Tokoh NILAM Kebangsaan
  • Calon Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya
  • Sekarang ini, selain sibuk dengan urusan sekolah dan tahfiz, beliau juga merupakan Consultant di Prudential BSN Takaful, Negotiator di Hartamas Real Estate Sdn. Bhd. dan merupakan salah seorang Partner e-Franchise di Creative Dreams International

 

PENOLONG KANAN: Ustazah Siti Nur Syazwana binti Mohammad Shafiee

  • Penolong Kanan Sekolah Rendah islam Al-Madar
  • Setiausaha Kehormat Maahad Tahfiz Al-Madar
  • Mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun, bagi subjek-subjek agama dan akademik
  • Lepasan Maahad Litahfidzil Quran Al-Madar wal Mawaddah
  • Merupakan pelajar cemerlang PMR 8A dan SPM 10A
  • Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM (BM, AddMT, PAI, SJ)
  • Tokoh Pelajar SMKPA 2010
  • Graduan Royal College of Surgeon Ireland (RCSI) dalam bidang perubatan
  • Sekarang ini, selain sibuk dengan urusan sekolah dan tahfiz, beliau juga giat terlibat dalam bidang penulisan dan berkhidmat sebagai doktor perubatan

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.