Senyum dan Tawa Rasulullah

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 241 )
RM 14.00

Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa senyuman manis ialah sedekah yang bernilai ibadah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya untuk sentiasa berwajah ceria, sentiasa bermuka manis dan tersenyum di hadapan orang lain. Rasulullah S.A.W bersabda, “Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (wajah ceria).” [HR at-Tirmizi: 2687]  

Jiwa dan hati manusia sama seperti tubuh badan yang memerlukan perhatian. Antara cara mengawal keceriaan jiwa adalah dengan humor-humor segar dan bernas. Jiwa  yang dibiarkan terus-menerus serius tanpa ada humor, ia akan mati dan seterusnya menjadikan hidup kaku. Manusia tidak akan mampu menjalankan peranan hidupnya dengan baik, apabila hati dan jiwanya keruh.

Dalam era milenium, pakar perubatan dan psikologi telah berjaya membuktikan kebenaran sabda Rasulullah S.A.W bahawa manfaat senyuman bagi kesihatan fizikal dan mental sangatlah hebat. Senyuman menjadi nutrisi kesihatan semula jadi untuk menjaga tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya. Senyum dapat membantu orang lain tetap bersikap positif.

Senyum juga dapat mengubah suasana hati daripada sempit menjadi lapang, sedih menjadi senang dan beku menjadi cair. Senyuman tulus dan ikhlas pastinya akan melahirkan aura serta sikap positif dalam kehidupan insan.

Semoga buku ini dapat menceriakan anda dan Allah memberkati kita.

Misbah Em Majidy dilahirkan pada 4 Februari 1971. Beliau mendapat pendidikan di Kulliyatul Muallimin al-Islamiyah Gontor Ponorogo, Indonesia dan meneruskan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau telah menghasilkan sebanyak 15 buah buku serta karya terjemahan sebanyak 58 buah. Kini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah al-Mjidy Islamic Quranic Studies Sidoarjo Jawa Timur, Indonesia.