image

Sejarah suatu bangsa dicipta oleh tokoh-tokoh politik dan negarawan, tetapi kaum wartawanlah pemula dan perangka sejarah itu. A Samad Ismail tidak sekadar meningkap dan menghuraikan detik sejarah kewartawanan, tetapi dengan tajam mentafsir denyut jantung masyarakat serta warna-warna politik, ekonomi dan budaya yang mencerminkan watak nasional kita.

Perjuangan dan pengorbanan besar kaum wartawan dalam perjuangan semangat nasionlisme dan pendedahan pelbagai kepincangan sosial yang melanda masyarakat Melayu digambarkan dengn berterus-terang, berasaskan pengalaman hidup A. Samad Ismail yang berkecimpung lama dalam dunia kewartawanan.

Penulisannya memperlihatkan dan membuktikan beliau sebagai wartawan unggul dan pejuang sastera yang konsisten. Pemikirannya menunjukkan berlakunya perubahan pada zaman awal perkembangan kesusasteraan Melayu moden di Malaysia.


Instructor Biography

Azhar Hj. Wahid dilahirkan pada tahun 1962 di Dungun, Terengganu. Beliau memperolehi Sarjana Sastera, Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Falsafah Kedoktoran di Universiti Malaya. Pernah mengajar di beberapa buah sekolah menengah di Pahang. Kini, berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.    

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.