Jangan Kata Apa Orang Tak Kata

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 137 )
RM 12.00

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia mengucapkan kata yang baik dan kalau tidak, harus diam." [HR Bukhari dan Muslim]

Jadi, hidup ini hendaklah diisi dengan kebaikan dan sumbangan kepada orang lain. Jauhi fitnah dan jangan kata apa yang orang tak kata. 

Buku ini adalah reaksi pelbagai isu menarik di sekeliling kita yang diulas oleh Dr. Rozaimi Ramle.

Antara isi menarik dalam buku ini seperti; 
- Talfiq bukan mazhab rekaan saya!
- Fitnah terhadap Ibnu Taimiyyah. 
- Berkata ‘Tidak Tahu’ Tidaklah Hina 
- Ustaz Cuak Bila Diminta Dalil 
- Agama kamu Melayu atau Islam? 

dan banyak lagi...

Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh, kemudian di Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh sehingga peringkat SPM pada tahun 2000. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Jordan pada tahun 2001 dan mendapat ijazah dalam bidang Syariah di Mu’tah University of Jordan. Selepas pulang ke tanah air, beliau bekerja sebagai guru sandaran di sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh pada tahun 2006. Kemudian diberi peluang berkhidmatdi Majlis agama Islam Perak sebagai Pegawai Zakat pada tahun 2007. Pada tahun 2008, beliau dilantik menjadi tutordi Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Hadis di Univeriti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2008 di bawah tajaan UPSI. 

Menyambung PhD di University of Jordan pada tahun 2011 juga di bawah tajaan UPSI dan tamat pengajian pada 1 Disember 2014. Beliau dilantik menjadi Pensyarah Kanan di UPSI pada tahun 2015 sehingga kini. Beliau juga memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.