image

Majoriti dalam kalangan masyarakat kini sering mendengar kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kerana inilah antara medium untuk mendapatkan info atau ilmu dalam agama. Tetapi, adakah kita pernah bertanya sama ada kisah-kisah yang disampaikan oleh penceramah itu sahih atau tidak? Selalunya kita akan telan bulat-bulat apa jua yang disampaikan. Buku ini bukan mahu memberi tanggapan negatif terhadap program ilmu yang dianjurkan oleh masjid dan surau, tetapi sekadar meluruskan kisah-kisah mengenai Nabi atau sahabat Nabi. Kita tidak mahu Nabi dan para sahabat Nabi menjadi bahan fitnah hingga wajah agama menjadi hodoh. 

Antara kisah yang dipaparkan; 
:: Kisah Rasulullah SAW dengan Jiran Yahudi 
:: Kisah Al-Qamah 
:: Adakah Umat Islam Berpuasa ketika Perang Badar? 
:: Umar Berhijrah Secara Terang-terangan 
:: Kisah Umar Bin Al-Khattab r.a. Dimarahi Isterinya dan banyak lagi


Instructor Biography

Mendapat pendidikan awal di Maahad Tahfiz al-Quran wa al-Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan. Kemudian menyambungkan pelajaran di Universiti Malaya, bidang Usuluddin Pengkhususan al-Quran dan Hadis.

Menyandang jawatan sebagai YDP Persatuan Mahasiswa Islam UM 2007, Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) 2007-2008 dan Pengerusi Sekretariat Syubban Persatuan Ulama Malaysia (2009-2014).

Beliau pernah menulis untuk Majalah Tamadun, DBP dan beberapa majalah lain secara jemputan tidak tetap. Telah menghasilkan beberapa buah buku seperti 50 Kata Tokoh Berpengaruh, Khadra' al-Diman, dan Khadijah Bukan 40 Tahun Ketika Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.

Buku Kisah-Kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah adalah karya beliau yang pertama diterbitkan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd.

Average Rating

4
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.