Umdatul Ahkam

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 57 )
RM 17.00

Jika Ingin Tahu ‘Hukum', Perlu Tahu ‘Sandarannya'

 

Umdatul Ahkam merupakan sebuah buku rujukan hukum agama yang paling sahih dengan menjadikan sandaran tertinggi dalam ilmu hadis sebagai panduan utama.

 

Buku ini disusun oleh al-Hafiz Abdul Ghani al-Maqdisi (541H – 600H). Ia menghimpunkan hadis-hadis sahih yang berkaitan hukum agama yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Terkandung di dalamnya 407 hadis di dalam 16 bab.

 

Al-Hafiz Abdul Ghani al-Maqdisi berkata dalam pendahuluan buku ini,

 

“Sebahagian daripada rakanku pernah meminta supaya aku meringkaskan hadis-hadis yang berkaitan hukum agama yang disepakati oleh Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari dan Imam Muslim bin al-Hajjaj an-Naisaburi. Lalu aku menunaikan permintaan mereka dengan menyusun buku ini. Aku mengharapkan supaya ia dapat dimanfaatkan.”

Dia adalah al-Imam Al-Hafiz Taqiyuddin, Abu Muhamad Abdul Ghani bin Abdul Wahid bin Ali bin Surur bin Rafi’ bin Hasan bin Ja’far, Al-Maqdisi, Al-Jama’ili, Ad Dimasyqi, As-Salihi, Al-Hanbali. Dilahirkan di Jama’il pada tahun 541 H, suatu daerah di pergunungan Nablus sebahagian dari Negeri Palestin berhampiran Baitul Maqdis.

 

Kemudian keluarganya pindah ke Damsyiq, selepas itu pindah ke tepi Gunung Qasiyun dan daerah ini dikenali dengan nama Ash-Salihiyah. Al-Imam Abdul Ghani membesar dalam keluarga yang berilmu dan menyebarkan mazhab Hambali di Syam. 

 

Guru-gurunya: 
Antara guru-gurunya adalah Ahmad bin Muhamad bin Qudamah Al-Maqdisi di Syam, Abdul Qadir al-Jailani dan Asy-Syaikh Abul Fathi bin Al-Manni di Baghdad, Al-Hafiz Abu Thahir As-Silafi di Iskandariyah, Abul Fadhl At-Tushi di Mushil, Abdurrazak bin Ismail Al-Qirmani di Hamadzan, Al- Hafiz Abu Musa Al-Madini dan para ulama yang seangkatan dengannya di Asbahan.