image

Buku Proses Informasi dalam Peningkatan Kognisi: Kaedah Hermeneutik dan Interpretasi ditulis untuk pembaca dari IPTA, IPTS, Institut Perguruan, penyelidik yang berminat dalam bidang psikolinguistik, guru-guru bahasa dan yang mencintai bahasa (penulisan); Psikologi Pendidikan (proses kognisi); dan Kaedah Hermeneutik (kaedah interpretasi teks penulisan). Buku ini diharap menjadi rujukan untuk pembaca yang ingin mendalami peranan proses informasi yang dialami dalam menginterpretasikan teks karangan pelajar dalam konteks Kaedah Hermeneutik sebagai kaedah kualitatif yang berkesan dalam menginterpretasikan teks karangan.


Instructor Biography

Profesor Dr Suppiah Nachiappan merupakan pensyarah dan penyelaras bagi program Psikologi Pendidikan di Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di SJK (Tamil) Gerik; SJK( Tamil) Ladang Klebang, Chemor, SJK (Tamil) Ladang Chemor, Chemor, Perak dan di SMK Dato' Hj. Mohd Taib, Chemor, Perak sebagai guru dan GK Kokurikulum sebelum menyambung perkhidmatan di UPSI pada tahun 2004. Beliau dari bidang Psikologi Pendidikan, (khususnya bidang kognisi) pernah mengetuai dan menyiapkan beberapa penyelidikan di bawah Geran Penyelidikan Universiti (GPU), Geran FRGS dan Geran Luar sejak tahun 2004 hingga kini. Kepakaran penulis ialah dalam Kaedah Hermeneutik iaitu kaedah interpretasi teks penulisan. Beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku dalam bidang Psikologi Pendidikan dan artikel-artikel jurnal. Kini beliau menjadi Penyelaras bagi Program Psikologi Pendidikan di peringkat ljazah Sarjana Pendidikan dan Doktor Falsafah di Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.