Kek Tradisional Sarawak
Buku kek mudah ini dihasilkan khas untuk semua suri rumah dan golongan yang ingin mempelajari membuat kek lapis. Buku resipi ini mudah untuk dipelajari serta belanja yang murah. Miliki buku ini sebagai rujukan dan panduan asas yang mudah untuk di fahami.
Terdapat sebanyak 5 resipi kek kukus sebagai rujukan dan panduan. Buku ini adalah sebagai petanda asas untuk memulakan membuat kek.
Saya fokuskan khusus kepada kek kukus asas yang mudah untuk dipelajari bermula daripada satu adunan kek dan lapisan kek yang mudah.
Semoga anda semua bergembira dengan mencuba resipi kek ini dan saya amat berbesar hati kerana dapat membantu anda. Sudah tentu anda berasa bangga menunjukkan hasil air tangan anda sendiri kepada keluarga dan sahabat handai.
Seorang wanita yang dihormati ramai bukan sekadar cantik dan pandai bergaya sahaja tapi bijak memasak.
Kesimpulannya adalah untuk rujukan kepada yang belum pernah membuat kek dan ingin belajar membuat kek. Semoga buku ini dapat memberi manfaat berguna kepada anda.
SELAMAT MENCUBA
Goals/Objectives
Objektif dalam membuat buku ini adalah untuk mempromosikan kek-kek tradisional dari Sarawak yang boleh disediakan dengan mudah. Selain daripada itu, ia juga untuk meluaskan bidang kemahiran seorang tukang masak, dalam kata lain seorang tukang masak boleh menambah resipi ke dalam buku masakan peribadi mereka. Selain itu, buku memasak ini juga untuk membina keyakinan diri bagi yang baru mula memasak.
Instructor Biography
Kemahiran dan cara memasak ini telah diadaptasikan dan diwarisi turun temurun. Ia merupakan tradisi dan sebuah norma dalam masyarakat Sarawak untuk mengetahui cara-cara memasak kek ini. Oleh itu, bagi yang selalu menyambut perayaan di Sarawak, anda akan sering menemui kek-kek sebegini di setiap rumah yang dikunjungi. Saya tidak mempunyai pengalaman profesional namun saya membuat buku memasak ini berdasarkan pengalaman peribadi dan kepuasan pelanggan.
Average Rating
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.