image

Karya ini juga menghuraikan secara komprehensif tentang kewujudan wanita dalam perspektif Islam bahawa wanita bukan semata-mata keindahan dunia dan ikon kemegahan mahupun kenikmatan duniawi. Tetapi wanita adalah syaqaiq ar-Rijaal (sekandung jiwa lelaki) yang berperanan besar dalam kejayaan yang diraih oleh lelaki seperti yang disebutkan dalam al-Quran,“Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia berasa senang kepadanya.”( Al-A’raf: 189)

Selain itu, Islam sangat menjunjung tinggi kehormatan dan kredibiliti kaum wanita. Rasulullah bersabda, “Insan beriman yang paling sempurna imannya adalah yang paling luhur akhlaknya. Dan yang paling baik antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya.” (HR Abu Daud, 4682)

“Sebaik-baik lelaki antara kamu adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah yang lelaki terbaik antara kamu terhadap isteriku.” (HR Imam Tirmizi, 3895)


Instructor Biography

Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab).

Pernah menuntut dan memperolehi ijazah dan sanad dari para guru di Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Mesir.

Pengalaman berdakwah, membentangkan kertas kerja, mengendalikan latihan dan kursus motivasi, serta mengajar secara formal dan tidak formal lebih 10 tahun di pelbagai tempat di Malaysia, Singapura, United Kingdom, Republik Ireland, Republic Czech, Australia, Jordan, Jepun, UAE, India, dan kepada para mahasiswa Nusantara di Universiti Al-Azhar.

Pernah berkhidmat sebagai Konsultan Syariah kepada Syarikat Salamfone serta Mantop Consultancy and Training. Dalam aktiviti kemasyarakatan beliau adalah Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Timbalan Presiden Nadwah Ilmuan Islam Malaysia (NAIM), Timbalan Presiden Ikatan Ilmuwan Sunni Malaysia (SUNNI), Presiden Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA) serta aktif dalam misi keamanan dan kemanusiaan di seluruh dunia.

Kerap kali muncul di kaca TV melalui slot "Bro Syed" dalam rancangan "Nasi Lemak Kopi O", ran cangan “Tanyalah Ustaz”, “Hujah”, dan "Usrah" di TV9, rancangan “Assalamualaikum” dan “Muhasabah” di TV Alhijrah, rancangan "Alhidayah" di TV3, rancangan "Cahaya Lirik" dan "Himpunan Murabbi" di Astro Oasis,  rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1,  juga pengisi tetap rancangan mingguan di Radio IKIM.fm, “Baiti Jannati" dan "Tarbiyah", serta "Kuliah Subuh" di Salam.fm. Merupakan kolumnis beberapa majalah seperti Anis, Tarbawi dan lain-lain. Telah menghasilkan album sulungnya, "Ratib Alhaddad" (2012) terbitan UNIC Records, dan tampil bersama kumpulan UNIC dalam album "Doa" (2013).

Kini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Darul Ulum, Pengarah Islamicase serta Penasihat Syariah UNICdotMy Pro, seorang pendakwah yang aktif ke seluruh negara dan menetap di Kuala Lumpur bersama isteri dan  tiga orang anak.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.