image

Anak-anak kita semua berbeza perangai & perwatakan mereka. Jadi cara belajar juga berbeza. 

 

Pengalaman kami sendiri mendidik dan membesarkan 3 orang anak membuktikan bahawa setiap anak perlukan pendekatan yang berbeza kerana setiap anak mempunyai personaliti yang berbeza. Kesilapan paling besar adalah apabila kita cuba menguruskan semua anak kita dengan cara yang sama.

 

Sebab itu amat penting untuk kita belajar mengenali personaliti belajar anak agar kita dapat membantu mereka dengan lebih baik. Apabila kita tahu cara mereka, kita boleh bantu dari segi suasana belajar, tempat duduk mereka di dalam kelas, jenis latihan yang diperlukan dan sebagainya. Kita tidak perlu pening lagi sebab kita sudah faham.

 

Kursus ini akan memperkenalkan bagaimana Ibu Bapa dan Guru-guru boleh mengenali personaliti belajar anak-anak melalui ujian mudah yang boleh dijawab bersama anak-anak mereka. Dari situ mereka akan dapat mengetahui teknik serta pendekatan yang terbaik untuk membantu menyokong pembelajaran anak-anak di rumah dan juga di sekolah.

 

Jom Kenali Personaliti Belajar Anak Anda dan anda akan tahu

📌 Kenalpasti personaliti belajar anak anda. 

📌 Bagaimana kita boleh bantu anak kita untuk belajar dengan cara yang lebih berkesan & efektif.

 

Jom fahami dan kenali anak-anak kita dengan lebih baik.

 

Jom bantu anak-anak kita berjaya menjadi pelajar cemerlang.

 

Demi kejayaan anak-anak dan keluarga kita bersama. Inn Shaa Allah.

 

Coach Amirul & Elin

Real Leaders Solutions


Goals/Objectives

Objektif Program ini adalah untuk membantu orang ramai mengenali Personaliti Belajar mereka khususnya para Ibu Bapa dan Guru yang ingin membantu anak-anak atau pelajar mereka untuk belajar dengan lebih baik dan berkesan.

 

Hakikatnya adalah semua orang berbeza jadi cara belajar juga berbeza. Apabila kita mengetahu dan mengenali personaliti belajar anak-anak kita barula kita boleh memberikan mereka sokongan dan bimbingan yang lebih baik.

 

Ujian ini sangat penting untuk membantu para Ibu Bapa dan Guru yang ingin meningkatkan pencapaian akdemik anak-anak atau pelajar mereka. Apabila anda tahu personaliti belajar anda boleh tahu siapa yang boleh belajar sendiri, siapa yang perlu belajar dalam kumpulan, siapa yang perlu duduk di depan kelas dan siapa yang perlu belajar berulang kali.

 

Kesilapan paling besar kita adalah menganggap semua orang sama. Kini kita di abad ke 21 jadi kita harus ada pendekatan yang lebih baik. Melalui ILMU ini kita mampu membantu anak-anak dan pelajar kita belajar dengan lebih seronok dan berkesan.

 

Pengalaman mendidik 3 orang anak yang berlainan personaliti telah membuktikan apabila kita tahu personaliti belajar kita boleh bantu anak-anak kita belajar dengan lebih baik. Anak-anak kami mempunyai personaliti merah, biru & kuning memerlukan pendekatan yang berbeza.

Instructor Biography

Pelatih adalah pengasas Real Leaders Solutions (RLS), Amirul Iskandar & Elin Arjuna. Mereka adalah guru, pelatih, pengarang, pelatih kesihatan dan perniagaan. Mereka telah melakukan latihan dan bimbingan sejak tahun 2002 di dalam dan luar negeri. Amirul mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dari Queen's University di Kanada, sementara Elin mempunyai ijazah dalam perakaunan dari Universiti Malaya.

 

Mereka berdua pernah bekerja dengan pelbagai organisasi dan syarikat. Di samping itu, mereka juga dipuji sebagai usahawan yang berjaya di Sydney Australia pada tahun 2005 ketika mereka diakui cemerlang dalam perniagaan mereka. Mereka adalah pelatih dan motivator yang mempunyai pelajar dan usahawan terlatih di Malaysia, Singapura, Australia, dan New Zealand. Amirul & Elin juga merupakan pengasas persidangan sarjana tahunan terbesar di Malaysia, REAL Undergraduate Conference (RUC).

 

Mereka juga pengarang Passion2Income yang telah terjual lebih dari 1000 naskhah.

 

Hari ini, Amirul & Elin telah melatih orang dari pelbagai lapisan masyarakat! Mereka sering dipanggil untuk melakukan latihan di universiti, kolej, dan politeknik awam dan swasta. Seminar dan latihan mereka sangat memberi kesan dan maklum balas daripada para peserta sangat positif dan hebat. Amirul & Elin tinggal di Kuala Lumpur bersama tiga anak mereka.

 

Pengalaman mereka menjalankan latihan dan mengendalikan ujian personaliti untuk pelajar IPT telah menyebabkan mereka terpanggil untuk memperkenalkan Ujian Kenali Personaliti Belajar ini kepada orang ramai.

Reviews

  • image

    Amirul Danish

    Setiap anak berbeza jadi cara pendekatan juga berbeza. Kita tak boleh samakan mereka. Anak-anak kami 3 orang semuanya berbeza warna personaliti mereka. Kakak warna merah jadi memang boleh belajar sendiri. Adik warna biru. Tak sama dengan kakak walaupun beza umur setahun. Adik kena banyak berulang kali bila belajar dan yang bongsu warna kuning. Yang ini kalau nak belajar kena bersama-sama. Mesti duduk bersama baru jadi. Kalau suruh sahaja memang tak jadi. Alhamdulillah bila kami faham, dapatlah kami bantu anak-anak kami belajar dengan lebih baik. Inn Shaa Allah kami yakin bila anda kenal personaliti belajar anak anda, anda akan rasa seronok dan nampak jalan bagaimana nak bantu anak anda belajar

    22/06/2021 14:26:14

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.