image

Buku ini menceritakan pengalaman penulis sendiri semasa beliau pergi menunaikan Rukun Islam yang kelima. Kandungannya diolah secara santai, bermula daripada persediaan sebelum mengerjakan haji sehinggalah pulang ke tanah air. Pada setiap bab, penulis menceritakan proses-proses yang terlibat dan diakhiri dengan kesimpulan kandungan. Buku ini unik kerana merupakan pengalaman pertama seorang Muslim yang terpanggil untuk menunaikan ibadah haji di tengah-tengah kesibukan kerjaya dan anak-anak yang masih di alam persekolahan. Setiap pengalaman penulis diolah agar pembaca dapat membayangkan suasana sebenar ibadah ini dilakukan.


Instructor Biography

SHUZLINA ABDUL RAHMAN ialah seorang Profesor Madya di Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor. Beliau telah berkhidmat di UiTM sejak tahun 2004 dan memulakan karier sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia bermula pada tahun 2000. Anak bongsu daripada tujuh adik-beradik, beliau dilahirkan di Perlis, pemegang ijazah kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan. Sering ditanya mengenai pengalaman haji menyebabkan beliau teruja untuk membukukan pengalaman pertamanya sendiri. Travelog Musafir di Bumi Suci: #Haji Pertamau ini merupakan hasil nukilan peribadi beliau yang pertama.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.