image

Buku ini ialah mitos cerita rakyat Negeri Sembilan tentang asal usul nama tempat. Sang Kelembai yang mempunyai kuasa boleh menyumpah sesuatu menjadi batu. Sang Kelembai menyumpah Badak dan Kerbau menjadi batu kerana berlaga tanduk berebut kawasan berkubang sehingga mengganggu tidurnya. Batu Kerbau dan Batu Badak di Kampung Buyau, Seri Menanti adalah saksi nyata kepada mitos ini.


Instructor Biography

`Azimin Daud ialah penulis bebas yang dilahirkan pada 1 Disember 1974. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kewartawanan) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Mula berkarya seawal tahun 1992, sehingga kini, beliau telah menghasilkan 9 buah buku dengan penerbit DBP, ITBM, UPM Press, dan UTM Press. Beliau telah mewakili Malaysia bersama-sama 1,000 orang penulis pada peringkat Nusantara dalam Gerakan 10,000 Guru ASEAN Menulis Pantun anjuran Perkumpulan Rumah Seni Asnur, Jakarta, Indonesia dalam penghasilan buku Kumpulan Pantun Nasihat Seribu Guru ASEAN (mendapat pengiktirafan oleh Indonesian World Records Museum (MURI) sebagai Buku Penulis Pantun Terbanyak). Terkini, beliau telah berjaya menjulang Anugerah Persuratan Selatan 2022/2023 kategori Buku Kanak-kanak Terbaik. 

 

Mohd Akbar Omar dilahirkan di Pahang pada 8 Februari 1977, berkelulusan Sarjana Pendidikan (Seni Visual) UiTM 2017. Beliau telah menghasilkan ilustrasi sebuah novel dan menerbitkan tiga buah buku kanak-kanak dan buku bergambar sepanjang lima tahun bersama-sama penerbit tempatan. Penerima Anugerah Siswazah Terbaik Program Sarjana Muda Seni Lukis dan Senireka (Logam Halus) UiTM pada 25 Mei 2000, selain turut menerima anugerah 10 Terbaik Pertandingan Rekaan Barang Kemas PYT 2003. Karya catan beliau terpilih mewakili Bahagian KPM ke Pameran Seni Visual Sempena Hari Guru ke-43 Peringkat Kebangsaan 2014 dan dilantik sebagai Panel Grafik/ Ilustrator Pembinaan Item Psikometrik dan Pendidikan khas, KPM 2019.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.