image

Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang terdiri daripada beberapa acara sukan yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat, melempar, dan berjalan kaki secara bersaingan. Jenis pertandingan olahraga yang paling biasa ialah balapan dan padang, berlari di jalan raya, berlari merentas desa, dan lumba jalan kaki.  Sukan olahraga adalah satu jenis sukan IBU (Mother of Sports) di mana setiap orang ingin memulakan atau melibatkan diri dalam satu-satu sukan atau aktviti larian adalah satu pergerakan yang penting bagi memastikan seseorang itu dapat bergerak tanpa batasan.

Olahraga merupakan salah satu sukan awal yang dikaitkan dengan orang kurang upaya (OKU). Titik tolak bermulanya sukan ini bermula sejak 50 tahun yang lalu semasa di Hospital Pemulihan Stoke Mandeville dengan pertandingan acara pertama bagi OKU yang menggunakan kerusi roda. Atlet mula menunjukkan kesungguhan dalam olahraga dengan berlatih bersungguh-sungguh bukan sahaja dalam acara trek bahkan juga dalam acara padang.

Penerbitan buku ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan sukan para olahraga kepada jurulatih - jurulatih yang berminat dan ingin memahami cara-cara melatih atlet kurang upaya dalam sukan para olahraga serta memahami pengendalian klasifikasi dan teknikal sukan para olahraga.


Goals/Objectives

Kapt (PA) G. Mohan mempunyai kepakaran dalam bidang : 

1. Sukan bagi golongan kurang upaya;

2. Pencarian Bakat Sukan OKU; 

3. Pengarang NOSS bagi Fitness & Exercise; 

4. Penyedian Protokol - Protokol bagi pencarian OKU bakat baru. 

5. Kepakaran Teknikal bagi Sukan Para Olahraga 

Instructor Biography

Kapt (PA) G. Mohan merupakan anak kelahiran negeri Melaka yang pernah berkhidmat di Angkatan Tentera Malaysia (Tentera Laut). Sejak di bangku sekolah lagi beliau merupakan seorang atlet sukan olahraga yang pernah mewakili sekolah ke peringkat negeri dalam acara jarak jauh. Semasa di angkatan tentera, beliau pernah mewakili angkatan tentera ke peringkat kebangsaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Sukarela Askar Wataniah yang diberikan tugas melatih perajurit dalam kontak kecergasan dari tahun 2005 hingga 2013. Dari tahun 2013 hingga kini beliau dilantik sebagai Pegawai Bersekutu berpangkat Kapten untuk membantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebagai pegawai kecergasan atas kepakaran yang diperolehi. Kepakaran beliau sebagai pegawai teknikal dalam sukan olahraga bagi Orang Kurang Upaya sejak tahun 1999 sehingga kini. (Penceramah Kursus Teknikal Olahraga Para). Beliau pernah mengikuti kursus Sports Instructor for Person with Disability di Jepun pada tahun 2003 dan orang pertama bersama En. Nagoor Meera telah menyediakan Buku Panduan untuk pencarian bakat baru Orang Kurang Upaya yang ingin melibatkan diri dalam sukan OKU. Beliau juga seorang penulis bagi Module Fitness and Exercise with Person with Disability. Beliau sedang berkhidmat di Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sejak tahun 2001 sehingga kini dan memegang jawatan sebagai Pengurus Besar yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan MPM.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.