SISI GELAP MEDIA SOSIAL
Karya ini merungkai sisi gelap media sosial atau panggilan popular yang digunakan “SocMed” (Social media). Berbeza dengan wacana dan makalah umum yang banyak melihat media sosial dari sudut faedah dan kebaikannya kepada pengguna, karya ini cuba merungkai permasalahan dan kesan dari sudut yang bertentangan. Bagi melihat sisi gelap media sosial ini secara jelas, penulis merujuk kepada dapatan akademik dan pandangan pakar-pakar dalam teknologi berkenaan.
Bagi memudahkan pemahaman pembaca, karya ini dibahagikan kepada dua bahagian. Penceritaannya digarap dengan mengikut kronologi iaitu bermula dengan penciptaan komputer sehingga eksperimen yang dijalankan ke atas peranti ini. Bahagian pertama membincangkan agenda di sebalik penciptaan komputer, Internet, GPS, game online oleh agensi pertahanan Amerika Syarikat dan peranan CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika) dalam membangunkan peranti dan aplikasi ini.
Manakala di dalam Bahagian II, kemunculan media sosial dan impak yang dibawa bersama terhadap masyarakat dihuraikan secara terperinci. Di dalam bahagian ini, penulis membentangkan dapatan dan bukti-bukti wujudnya manipulasi kelakuan pengguna oleh firma media sosial dan pengiklanan melalui media sosial yang digunakan pengguna. Penulis juga menjelaskan bagaimana firma media sosial ini berusaha menjadikan pengguna ketagih untuk terus menggunakan aplikasi yang dibangunkan mereka.
Karya ini bukanlah bersifat anti sosial atau anti teknologi. Namun, karya ini adalah sebagai bukti bahawa sisi gelap media sosial sememangnya wujud dan akan terus berkembang.
Goals/Objectives
FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBACA BUKU INI
- Pengasas Apple iaitu Steve Jobs pernah menyampaikan syarahannya selama 90 minit mengenai faedah dan kebaikan produk Apple seperti iPad, iTunes, aplikasi Facebook, game dan banyak lagi. Ironinya, beliau melarang anak-anaknya menggunakan peranti ini.
- Jobs memberitahu seorang wartawan New York Times bernama Nick Bilton bahawa anak-anaknya tidak pernah menggunakan iPad di rumah. Bilton mendapati peraturan tidak membenarkan anak-anak menggunakan peranti ini juga dilakukan oleh kebanyakan gergasi teknologi yang lain.
- Walter Isaacson memerhati anak-anak Jobs tidak tertarik pada iPad, komputer dan semua peranti. Beliau berkata kepada Bolton; “Ia kelihatan seperti semua pakar yang menghasilkan teknologi akan mengikut peraturan yang sama seperti pengedar dadah: jangan sesekali ketagih dengan apa yang anda edarkan.”
- Bekas editor Wired bernama Chris Anderson mengawal masa penggunaan peranti di rumahnya kerana melihat bahaya teknologi yang akan diterima. Lima orang anaknya tidak dibenarkan menggunakan peranti di bilik tidur.
- Pengasas Blogger, Twitter dan Medium bernama Evan Williams membeli ratusan buah buku untuk dua orang anaknya dan tidak membenarkan mereka menggunakan iPad.
- Pengasas sebuah syarikat analitik bernama Lesley Gold mengenakaan peraturan no screen-time dalam hari biasa kepada anak-anaknya.
- Salah seorang jurutera yang membangunkan aplikasi Instagram bernama Greg Hochmuth menyedari bahawa dia sedang membangunkan sebuah enjin untuk ketagihan.
- Ramai saintis dan jurutera di Sillicon Valley menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah yang tidak menggunakan peranti dalam sistem pembelajaran mereka.
Instructor Biography
Mohammad Firdaus bin Zainal merupakan seorang penulis genre Non-Fiction merangkumi bidang Sains politik, sejarah Islam dan Medieval. Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di 92 Anggota Tentera Cawangan Khas, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan selama lapan tahun sebelum bertukar profesion sebagai Eksekutif Senior Copywriter di sebuah syarikat swasta.
Minat menulis sejak dari bangku sekolah diterjemahkan ke dalam kerjaya dengan menghasilkan beberapa buah karya. Antara karya yang telah dihasilkan ialah:
- Gaddafi: Fakta di Sebalik Pembunuhan (Bibliotheca)
- Gaddafi: Facts of a Massacre (Bibliotheca)
- Al Quran & Manusia Melawan (Bibliotheca)
- Cahaya Muhammad: Kisah Mukjizat Manusia Termulia (Bibliotheca)
- Coronavirus: Pandemik & Senjata Bio (Bibliotheca)
- Muhammad Bukan Pendusta: Membongkar Fitnah & Pembohongan atas Nama Nabi Muhammad s.a.w (Hijjaz Records Publishing)
- LGBT: Orientasi Seksual Terlaknat (Telaga Biru Sdn. Bhd.)
- Siri Ana Solehah (Ana Muslim Sdn. Bhd.)
Selain itu, penulis juga aktif menulis isu-isu semasa di laman Facebook Firdaus Zainal dan Bibliotheca. Berhasrat untuk menjadikan Islam kembali kepada keagungan ilmu seperti yang pernah dikecapi di era Abbasiyah, penulis kini sedang giat menghasilkan karya di Bibliotheca.
Harapannya hanya dua, mahu terus tunduk terisi dengan ilmu dan membebaskan ilmu menjadi jariah yang berpanjangan untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta kelak.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.