image

COVID 19 telah mengakibatkan seluruh ekosistem dunia lumpuh. Pandemik ini merupakan pengalaman pertama bagi mereka yang hidup di abad ke-21. Kemunculan virus ini telah menjadikan manusia seperti hilang punca dan membahagikan mereka kepada dua aliran pemikiran. 

Sesetengah pihak percaya COVID 19 ialah pandemik yang berlaku secara semula jadi yang berpunca daripada jangkitan haiwan kepada manusia. Di pihak yang lain pula, teori konspirasi yang mengaitkan COVID 19 sebagai senjata bio yang dicipta oleh China dan Amerika Syarikat mengambil tempatnya. 

eBook ini yang pertama di Malaysia menghuraikan kedua-dua aspek pandemik dan teori konspirasi senjata bio dalam satu buku secara perbandingan. COVID-19, adakah ia virus pandemik semula jadi atau senjata bio yang dicipta untuk memusnahkan dunia?


Goals/Objectives

Secara umumnya, jangkitan virus COVID-19  yang telah tersebar luas ini dikaitkan dengan pandemik yang berlaku secara semula jadi melalui jangkitan haiwan kepada manusia. Berdasarkan penelitian penulis, pandemik sememangnya pernah berlaku dan membunuh puluhan juta orang sejak tahun 541 lagi. Selain itu, kadar kekerapan pandemik berlaku adalah tinggi dan sesetengah pihak berpendapat pandemik adalah kitaran semula jadi yang akan berlaku dalam tempoh tertentu.

Namun, terdapat juga beberapa teori yang mengaitkan COVID-19  adalah sebahagian daripada konspirasi yang dirancang dan dicipta oleh negara kuasa besar dunia iaitu China dan Amerika Syarikat. Dengan kata lain, penciptaan dan penyebaran virus COVID-19 dikaitkan dengan penggunaan senjata biologi atau secara ringkasnya dikenali sebagai senjata bio (bio weapon).

Instructor Biography

Mohammad Firdaus bin Zainal merupakan seorang penulis genre Non-Fiction merangkumi bidang Sains politik, sejarah Islam dan Medieval. Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di 92 Anggota Tentera Cawangan Khas, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan selama lapan tahun sebelum bertukar profesion sebagai Eksekutif Senior Copywriter di sebuah syarikat swasta.

Minat menulis sejak dari bangku sekolah diterjemahkan ke dalam kerjaya dengan menghasilkan beberapa buah karya yang kebanyakannya masih di dalam proses penerbitan. Antara karya yang telah dihasilkan ialah:

  1. Gaddafi: Fakta di Sebalik Pembunuhan (Bibliotheca)
  2. Gaddafi: Facts of a Massacre (Bibliotheca)
  3. Al Quran & Manusia Melawan (Bibliotheca)
  4. Muhammad Bukan Pendusta: Membongkar Fitnah & Pembohongan atas Nama Nabi Muhammad s.a.w (Hijjaz Records Publishing)
  5. Membongkar Manipulasi Israk Mikraj dalam Karya Agung Dunia Divine Comedy (Hijjaz Records Publishing)
  6. LGBT: Orientasi Seksual Terlaknat (Telaga Biru Sdn. Bhd.)
  7. Siri Ana Solehah (Ana Muslim Sdn. Bhd.)

Selain itu, penulis juga aktif menulis isu-isu semasa di laman Facebook Firdaus Zainal dan Bibliotheca. Berhasrat untuk menjadikan Islam kembali kepada keagungan ilmu seperti yang pernah dikecapi di era Abbasiyah, penulis kini sedang giat menghasilkan karya di Bibliotheca.

Harapannya hanya dua, mahu terus tunduk terisi dengan ilmu dan membebaskan ilmu menjadi jariah yang berpanjangan untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta kelak.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.