image

eBook ini merupakan kajian penulis mengenai sejarah manusia yang pernah berusaha mencabar keagungan Al Quran dengan mendatangkan ayat dan surah sama seperti Al Quran. Terdapat 6 Bab yang disusun mengikut kronologi bermula daripada sejarah bangsa Arab di Mekah, kehidupan jahiliyah dan kehebatan mereka dalam bersyair yang dianggap mampu menandingi Al Quran. Selain itu, sejarah penurunan Al Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w dan penyusunan mushaf Al Quran oleh para sahabat juga turut disentuh. Antara yang menarik di dalam eBook ini ialah Surah Katak dan Gajah yang dikarang oleh Musailamah Nabi Palsu dan Al Maari yang mengarang surah bagi menandingi Surah Al Fatihah.


Goals/Objectives

Diharap karya ini mampu menerobos sempadan iman di dalam diri pembaca bagi mengajak semua umat manusia agar kembali kepada Al Quran melalui penghayatan dan pemahaman secara mendalam. Sebagaimana Arab Jahiliah dahulu memerlukan Al Quran sebagai penyuluh hidup mereka untuk keluar dari kegelapan, kita juga memerlukan Al Quran untuk terus bertahan di alam dunia akhir zaman yang penuh dengan kebatilan.

Instructor Biography

Mohammad Firdaus bin Zainal merupakan seorang penulis genre Non Fiction merangkumi bidang Sains politik, sejarah Islam dan Medieval. Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di 92 Anggota Tentera Cawangan Khas, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan selama lapan tahun sebelum beralih ke dunia korporat sebagai Eksekutif Senior Copywriter. Minat menulis sejak dari bangku sekolah diterjemahkan ke dalam kerjaya dengan menghasilkan beberapa buah karya yang kebanyakannya masih di dalam proses penerbitan. Antara karya yang telah dihasilkan ialah:

  1. Gaddafi: Fakta di Sebalik Pembunuhan (Bibliotheca)
  2. Gaddafi: Facts of a Massacre (Bibliotheca)
  3. Coronavirus: Pandemik & Senjata Bio (Bibliotheca)
  4. Muhammad Bukan Pendusta: Membongkar Fitnah & Pembohongan atas Nama Nabi Muhammad s.a.w (Hijjaz Records Publishing)
  5. Membongkar Manipulasi Israk Mikraj dalam Karya Agung Dunia Divine Comedy (Hijjaz Records Publishing)
  6. LGBT: Orientasi Seksual Terlaknat (Telaga Biru Sdn. Bhd.)
  7. Siri Ana Solehah (Ana Muslim Sdn. Bhd.)

Selain itu, penulis juga aktif menulis isu-isu semasa di laman Facebook Firdaus Zainal dan Bibliotheca. Berhasrat untuk menjadikan Islam kembali kepada keagungan ilmu seperti yang pernah dikecapi di era Abbasiyah, penulis kini sedang giat menghasilkan karya di Bibliotheca.

Harapannya hanya dua, mahu terus tunduk terisi dengan ilmu dan membebaskan ilmu menjadi jariah yang berpanjangan untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta kelak.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.