Tips-Tips Lulus PhD
Buku ini adalah sesuai dibaca oleh pensyarah, dan pelajar PhD dan MSc (Penyelidikan), kerana ditulis dengan bahasa mudah, tepat, ringkas dan padat. Buku ini membicarakan maksud PhD, formula mudah untuk memahami PhD dan DBA, cara-cara menulis proposal PhD, soalan-soalan lazim dalam viva-voce exam, cara-cara mencari universiti, cara-cara mencari penyelia PhD, tindakan selepas tamat pengajian etc
Secara amnya buku ini telah mendapat pasaran yang baik dan telah dipasarkan seluruh Malaysia, dan Indonesia.
Goals/Objectives
Profesor Dr Norzaidi Mohd terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelidikan dan pembelajaran terutamanya dalam bidang Informasi Teknologi, Pengurusan Strategi, Pemasaran, Halal, Wakaf, dan Pengurusan Kejuruteraan
Instructor Biography
Profesor Dr Norzaidi Mohd Haji Mohd Daud merupakan Pengarah Penerbit UiTM, pernah berkhidmat sebagai Pengarah, Komuniti Penyelidikan di UiTM. Telah memeriksa lebih 70 tesis PhD/MSc dari Australia, India, UM, UKM, UPM, UIA, UTeM, UMS, UTP, UTM, UUM, Limkokwing, SEGi U, dan MMU. Telah dilantik sebagai Profesor Pelawat/Profesor Adjung di Widyatama University, Indonesia College of Economics, King Saud University, INTI International University and Colleges, Management & Science University, Universiti Kuala Lumpur-Malaysia Institute of Aviation Technology, dan pakar di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Profesor Norzaidi telah menerbitkan lebih 100 buah artikel, 10 buah buku dan telah memenangi anugerah inovasi di Geneve, Pittsburgh, Seoul, Brussels, ITeX, MTE, IID, IIDeX, UniMAP, UPM etc.
Average Rating
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.