product-view

10 Cara Mudah untuk Kempiskan Perut Buncit

Category :  E-Books
Publisher :  Real Leaders Solutions
( 864 )     ( 1 )

$ 2.30 $ 1.15 50% Off

Description

E-book ini ditulis dengan tujuan untuk berkongsi bagaimana sesiapa sahaja boleh kempiskan perut buncit berdasarkan pengalaman hidup kami sendiri.

Pada mulanya, ketika kami berkahwin, kami menganggap kami mempunyai lesen untuk mempunyai perut yang buncit. Ini kerana ianya adalah norma terutama untuk lelaki berkahwin! Tanpa kami sedari, perut yang buncit sebenarnya merupakan kad jemputan bagi penyakit. Kad undangan yang kami beli untuk diri kami sendiri, dengan kata lain kami membeli penyakit untuk diri kami sendiri!

Pada usia 33 tahun, Amirul mengalami serangan jantung pada pukul 3 pagi yang menyebabkan kami tersentak. Sebelum ini, kami tidak hiraukan kesihatan dan gaya hidup kami khususnya dari segi pemakanan, senaman dan amalam harian. Syukurlah, Tuhan telah memberikan kami peluang kedua dan kami membuat keputusan untuk berubah.

Selama 7 tahun, kami telah belajar dan mengambil nutrisi yang baik dan menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Kini, kami sudah menjadi Jurulatih Kesihatan Peribadi dan kami menjalankan Kelab Nutrisi kami sendiri di Kuala Lumpur. Keluarga dan sahabat kami dapat melihat perubahan dalam diri kami. Oleh itu, kami memutuskan untuk berkongsi tips praktikal yang boleh dilakukan agar lebih ramai boleh mendapat manfaat daripadanya.

Ramai yang telah berjaya berjaya kempiskan perut buncit mereka dan sebagai BONUS mereka juga berjaya menurunkan berat badan! Ini juga mengurangkan risiko untuk mereka mengalami serangan jantung, penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Kami berharap bahawa 10 Tips yang kami kongsi dalam e-book ini boleh memberi

manfaat kepada anda.

Selamat membaca dan jom sihat bersama!

Amirul & Elin


Goals/Objectives

Objektif serta matlamat eBook ini adalah untuk memberikan panduan dan bimbingan bagi sesiapa yang sedang mencari jalan untuk kempiskan perut buncit dan pada masa yang sama turunkan berat badan.

Panduan 10 Tips ini adalah berasaskan tips dan info kesihatan yang kami kongsikan kepada ahli kelab nutrisi kami yang mengikuti program kami. Ianya berupakan maklumat serta informasi yang boleh mambantu mereka untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik serta cara yang lebih berkesan khususnya untuk kempiskan perut buncit.

Tips-tips seperti kalori, pengambilan air kosong, lemak baik dan lemak jahat serta kepentingan bersenam akan dikongsikan di sini.

Instructor Biography

Selama 7 tahun, kami telah belajar dan mengambil nutrisi yang baik dan menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Kini, kami sudah menjadi Jurulatih Kesihatan Peribadi dan kami menjalankan Kelab Nutrisi kami sendiri di Kuala Lumpur. Keluarga dan sahabat kami dapat melihat perubahan dalam diri kami. Oleh itu, kami memutuskan untuk berkongsi tips praktikal yang boleh dilakukan agar lebih ramai boleh mendapat manfaat daripadanya.

Ramai yang telah berjaya berjaya kempiskan perut buncit mereka dan sebagai BONUS mereka juga berjaya menurunkan berat badan! Ini juga mengurangkan risiko untuk mereka mengalami serangan jantung, penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Kami berharap bahawa 10 Tips yang kami kongsi dalam e-book ini boleh memberi

manfaat kepada anda.

Selamat membaca dan jom sihat bersama!

Average Rating

5

Review

Copyright © 2021 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.