image

Igitai Oku, adalah sebuah cerita fiksyen yang diilhamkan daripada situasi persekitaran. Novel ini dapat meluaskan penggunaan Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu Sabah dan juga Bahasa Dusun.

 

Epilog Novel.

 

Lumangad iti ginawo soira’d osongulunan,

Polisok ngingis ku soira nasansagan,momusoru

Om kakal poinsorou diya.Adalahan tupus ku do

Sigapus do langad nu.id no bilin nu maya dilo tawan

Om pason numaya dilo tongus.

 

IGITAI OKU,

Tumangkus id rasam momoyopos tinanku

Au ku asaga sumunsui ti ralan siiso,modosi

Do atagakan tupus hiti ginawoku.

 

Uhupai oku,popogirot ti kogos hiti ginawoku

Om okito kasari soira sopinsodu momisiwo

Ti langad kumaa diya koupusan ku.

 

     Lagu yang dinyanyikan dan dipopularkan oleh Larry Boy dan juga Marlleney itu menemani saya di malam yang sunyi sesunyi hati ini. Jatuh ! Rebah ! Saya tewas dengan permainan asmara dan percintaan insan bernama manusia. Janji yang dulu di buat begitu senang dimungkiri. Saya memandang ke atas langit. Suasana muram dan tiada bintang kelihatan. Apakah langit juga bersedih seperti saya? Saya memandang di sekeliling pula.

      Bunyi cengkerik umpama irama yang mengantikan lagu Larry boy dan Marlleney. Saya menutup mata dan segala kenangan itu mula bermain dalam ingatan saya. Argh! terasa seksa untuk terus maju ke depan dan melupakan semua yang telah terjadi. Tuhan, uhupai oku om igitai iti longon ku. Kenapa begitu mudah manusia melupakan kita? Mengapa manusia begitu mudah melupakan semua janji yang ditabur semasa hangatnya dilamun asmara?

      Saya seorang wanita yang sangat lemah dan jatuh dalam perangkap cinta seorang lelaki yang pada mula berjanji setia sampai mati kepada saya, tapi sayangnya. Habis madu sepah pun dibuang. Air mata saya biarkan mengalir dipipi. Andai boleh saya undurkan masa, tidak akan sekali kali saya serahkan kehormatan diri yang seharusnya dijaga dan diberikan kepada yang halal saja. Namun saya hanya manusia, ada keluarga tapi tiada yang membimbing saya sehingga saya lemas dalam kehangatan asmara insan yang bernama lelaki.

     Iso kusai, kusai id harapon ku obulih monguyut ti longon soira aratu oku, iso kusai id harapon ku obulih mongowoit ku id ralan do otulid. Tapi sayang! dia bukan lelaki itu, jika dia lelaki yang tepat. Dia tidak akan meninggalkan saya dan bakal berkahwin dengan wanita lain. Dia meninggalkan saya begitu saja! Saya dibuat seperti sampah yang dibuang di dalam tong yang kosong. Tuhan! Sungguh pedih hati ini. Mungkin dia lupa, tuhan itu ada dan melihat segala perbuatan dia dan kita semua umatnya. Cuma saya harap, saya boleh berjumpa dengan seorang lelaki yang boleh menerima saya seadanya. Andai lelaki seperti itu masih ada, akan saya katakan pada dirinya iaitu “IGITAI OKU”.


Goals/Objectives

Ingin mengetengahkan Bahasa Melayu Sabah dan Bahasa Dusun kepada umum melalui terbitan novel ini.

Instructor Biography

Saya seorang yang masih baru dalam bidang penulisan dan masih banyak yang perlu saya pelajari. Semoga anda suka dengan cara penulisan saya.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.