image

NUR AIN... Jodohnya dipermudahkan. Tidak perlu hendak bercouple, tidak perlu hendak merancang bertahun-tahun. Hanya dengan mengangguk tanda setuju, semuanya sudah siap tersusun. Bukan kahwin paksa, bukan untuk berlakon.

AHMAD FUADI... Suka cakap lepas, kerek dan sinis sudah sebati dalam diri. Sayangnya dia kepada Ain, ditunjukkan dengan cara tersendiri. Baginya, kalau sudah namanya isteri, kenalah terima semua perangai suami.

Eh, mana kulit ayam ni?” – Ain

Orang perempuan tak elok makan kulit ayam. Nanti lemak berkumpul kat punggung.”- Fuadi

Habis, orang lelaki lemak berkumpul kat mana?”- Ain

Nama aje doktor, takkanlah tak pernah belajar lipid metabolism dulu? Ke kau ni kaki tidur dalam kelas?” - Fuadi.

Namun siapa sangka, kehidupan berumah tangga Ain tidak semudah seperti penyatuannya dengan Fuadi dulu. Kehadiran Sofea dan Danish mula mengucar-ngacirkan semuanya. Menjadi titik mula untuk derita dalam jiwa.

Abang ingat, senang ke Ain nak terima semua ni? Now, I wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting.”- Ain

Stop Ain! You’re too much. He’s only two years old. Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan Ain.”- Fuadi

Satu per satu ujian melanda. Memang mampu menggugat iman di dada. Kuatkah Ain untuk menempuh derita? Atau, sudah tiba masanya dia mencari bahagia?

Ikatan yang tercipta, bukan bermakna dia jodoh kita. Mungkin si dia, hanya ujian semata, sebelum jodoh yang sebenar datang kepada kita. - Ain

Kita hanya manusia. Tak ada daya untuk menilik siapa jodoh kita. Sekali ikatan tercipta, dialah jodohku selamanya. - Fuadi


Content Outline

Dedikasi
Bab 1 - Bab 3
Bab 4 - Bab 6
Bab 7 - Bab 9
Bab 10 - Bab 12
Bab 13 - Bab 15
Bab 16 - Bab 18
Bab 19 - Bab 21
Bab 22 - Bab 24
Bab 25 - Bab 27
Bab 28 - Bab 30
Bab 31 - Bab 33
Bab 34 - Bab 36
Bab 37 - Bab 39
Bab 40 - Bab 42
Bab 43 - Bab 45
Bab 46 - Bab 48
Bab 49 - Bab 51
Bab 52 - Bab 54
Bab 55 - Bab 57
Bab 58 - Bab 60
Bab 61 - Bab 63
Bab 64 - Bab 66
Bab 67 - Bab 69
Bab 70 - Bab 72
Bab 73 - Bab 75
Bab 76 - Bab 78
Bab 79 - Bab 81
Bab 82 - Bab 84
Setitis Bicara

Instructor Biography

Nur Syazwani Bt Ismai

Anak jati Kota Bharu Kelantan yang dilahirkan pada 8 Oktober 1992.

Minat membaca novel sejak dari bangku sekolah lagi mendorong beliau untuk mencuba nasib menulis karya sendiri. Mula berkarya hanya untuk mengisi masa yang terluang semasa cuti semester. Namun rezeki dari Allah, tak siapa mampu menjangka. Karya ini akhirnya mampu melangkah setapak ke depan untuk menemui pembaca dalam versi cetak.

Harapnya, karya yang tidak seberapa ini dapat diterima oleh semua yang membaca. Semoga karya ini menjadi titik mula untuk dia mula melangkau lebih jauh dalam bidang penulisan ini.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.