image

Mana boleh lupa minah sewel macam cik kak ni.” – Fayed Nazmi

Saya pun takkan pernah lupa muka asam keping yang suka meroyan tak tentu pasal macam encik ni.” – Ivy Raihana

Memilih untuk tinggal di kampung bersama Nek Munah akhirnya menemukan Ivy Raihana dengan lelaki yang digelarkan sebagai Aping. Pertemuan demi pertemuan sentiasa menimbulkan pergaduhan dan kekecohan antara mereka berdua.

Otak tu tak payah nak biul sangat. Ingat saya hadap sangat ke nak mengintip awak? Dahlah sewel, biul pula tu. Tambah satu lagi, selfish!” – Fayed Nazmi

Kurang ajar punya asam keping. Sedap mulut je mengata orang eh. Ingat awak tu hebat sangat ke cakap orang macam tu? Dasar asam keping bodoh sombong! Dahlah bodoh, sombong pula tu.” – Ivy Raihana

Tetapi pertolongan Fayed secara tidak sengaja telah menimbulkan rasa dalam hati Ivy walaupun rasa menjengkelkan terhadap Fayed itu tetap ada. Pelbagai cara Ivy lakukan untuk merapatkan diri dengan Fayed dan dalam masa yang sama pelbagai salah faham juga sering timbul membuatkan pergaduhan sudah sinonim dengan mereka.

Bergelak ketawa dengan lelaki dekat tengah khemah tu senonoh ke? Elok sangat ke orang tengok?” – Fayed Nazmi

He’s my brother Fayed!” – Ivy Raihana

Namun tanpa Ivy sedari, Fayed menyimpan satu rahsia yang hanya terbongkar apabila Ivy bertemu dengan Lidiya di tempat letak kereta sewaktu Ivy sedang menjalankan misi gilanya. Rahsia itu telah membuatkan Ivy menjauh dan turut menyebabkan Fayed menyedari tentang satu rasa.

Gangguan daripada Lidiya sekeluarga juga telah membuatkan Fayed membuat keputusan nekad. Apakah keputusan nekad Fayed itu? Selama manakah Ivy mampu menjauh daripada lelaki yang sudah memenuhi ruang hatinya?


Content Outline

Dedikasi
Bab 1 - Bab 3
Bab 4 - Bab 6
Bab 7 - Bab 9
Bab 10 - Bab 12
Bab 13 - Bab 15
Bab 16 - Bab 18
Bab 19 - Bab 21
Bab 22 - Bab 24
Bab 25 - Bab 27
Bab 28 - Bab 30
Bab 31 - Bab 33
Bab 34 - Bab 36
Bab 37 - Bab 39
Bab 40 - Bab 42
Bab 43 - Bab 45
Bab 46 - Bab 48
Bab 49 - Bab 51
Bab 52 - Bab 54
Bab 55 - Bab 57
Bab 58 - Bab 60
Setitis Bicara

Instructor Biography

Jaja Ahmad atau Asmariza bt Ahmad dilahirkan pada 20 september 1988 di Pasir Mas Kelantan. Anak bongsu daripada lima adik-beradik. Merupakan bekas pelajar UiTM. Suka membaca, menulis dan berkongsi cerita.

Harapan beliau kepada novel Ivy Raihana, semoga dalam kita ketawa gembira membaca aksi-aksi lucu Ivy dan Fayed, dapat kita terapkan segala nilai-nilai positif yang terdapat di dalam novel ini ke dalam kehidupan seharian kita. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.