image

Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?

Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” - Nurhana

Takde apa-apa.” - Haznik

Habis tu, kenapa tenung muka saya?” - Nurhana

Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik

Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana

Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”

Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.

Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.

Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” - Nurhana

Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik.

Na jangan mengarut!” - Nasrul

Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu? Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik?

Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh? Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?


Content Outline

Dedikasi
Prolog
Bab 1 - Bab 6
Bab 7 - Bab 12
Bab 13 - Bab18
Bab 19 - Bab 24
Bab 25 - Bab 30
Bab 31 - Bab 36
Bab 37 - Bab 42
Bab 43 - Bab 48
Bab 49 - Bab 54
Bab 55 - Bab 60
Epilog
Setitis Bicara

Instructor Biography

Diya Jamal atau nama sebenarnya Nadia Jamal, merupakan anak pertama daripada 5 adik-beradik. Berusia lewat 20-an. Graduan lulusan UPM ini kini bekerja sebagai kakitangan awam di salah sebuah jabatan kerajaan di Rawang, Selangor.

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.