image

Mereka kata perangkap cinta itu boleh menyatukan dua insan yang berlainan jantina. Tapi, ini kisah lain. Kisah cinta antara Yusuf Dzulkarnain dan Jasmine Hannah. Bagaimanakah perangkap cinta itu boleh menyatukan mereka yang datang dari dua dunia berbeza?

“Entahlah... Jasmine mengingatkan aku kepada diri sendiri. Dia bagaikan biasan masa silam aku. Tiap kali aku pandang Jasmine, wajahnya itu, seolah-olah meminta aku untuk selamatkannya. Sekelip mata sahaja ada rasa dalam diri ini, rasa yang lahir untuk mempertahankan dan melindungi dia.” - Yusuf Dzulkarnain

Perempuan baik untuk lelaki yang baik? Aku ni perempuan macam mana, Yusuf? Perempuan yang tak baik, kan? Bukankah itu maknanya aku cuma sesuai dengan lelaki yang tak baik? Macam Adam?” - Jasmine Hannah

Apabila dendam sebelas tahun yang lalu berjaya membelah waktu, dan akhirnya tampil menjadi penghalang kepada bahagia mereka yang baru dirasa, apabila ada manusia yang tampil hanya untuk mengingatkan tentang sejarah silam mereka yang penuh noda, benarkah cinta sahaja boleh mengatasinya? Atau mungkinkah hubungan yang baru terjalin itu bakal menemui titik noktahnya?

“Apa beza dunia kita dengan dunia Jasmine? Dongak ke atas, langit yang sama. Tunduk ke bawah, bumi yang sama. Manusia di tengah-tengah ini yang membeza-bezakan  antara satu sama lain. Insya-Allah, semua itu akan mampu kami tempuhi dengan kematangan.” - Yusuf Dzulkarnain

“Hasbunallahu wa ni’mal wakil. Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.” - Jasmine Hannah


Content Outline

Dedikasi
Prolog
Bab1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Epilog
Setitis Bicara

Instructor Biography

Hanya mahu dikenali sebagai ‘Sara Kyoko’. ‘Sara’ merupakan nama gabungan ibu dan bapa, manakala ‘Kyoko’ merupakan nama yang diambil sempena nama satu watak drama heroin Jepun yang pernah disiarkan suatu ketika dulu.

Menulis merupakan satu hobi seorang remaja yang suka berangan dan akhirnya bertukar menjadi ‘passion’ saat realiti mengetuk minda.

Novel pertama beliau iaitu 'Isteri Tuan Ihsan' juga pernah diadaptasi dan mendapat sambutan ramai.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.