product-view

Bibik Milenium

Category :  E-Books
Publisher :  Love Novel
( 392 )

RM 15.00

Description

Aku, bibik milenium. Bibik Milenium sangat menjaga penampilan. Mesti Vogue walaupun setakat cuci tandas. Faham?” – Suhaila

Hadirnya SUHAILA AILEEN membuatkan hidup TENGKU KHALIS AIMAN huru-hara. Dipaksa bernikah dengan seorang bibik, dia terpaksa akur kerana harta papanya. Bagi Suhaila pula, berkahwin dengan seorang lelaki asing saat hatinya terluka bukan suratan yang dipinta. Apatah lagi menjadi isteri kepada lelaki yang paling dibenci olehnya.

Namun, siapalah kita untuk menafikan kuasa Ilahi. Dalam marah ada sayang. Dalam benci muncul pula cinta. Makin ditepis makin terasa. Nakal Suhaila jadi igauan Khalis. Senyuman Khalis buat Suhaila tergoda. Bibir sekata melantun benci, dalam hati melagu kata rindu.

Kau dah jatuh cinta kat aku ke belum?” - Khalis

Aku tak nak jatuh hati kat kau. Kau tu kejam!” – Suhaila

Namun sejarah hitam memburu Suhaila. Aib yang disimpan mula menjadi racun dalam hubungannya dengan Khalis. Angkara khianat, sekali lagi dia gagal dalam cinta.

Kau anak pelacur, kan? Kau perangkap aku sebab konon nak sucikan nama busuk kau tu.”- Khalis

Sekali lagi Suhaila terpaksa berdepan dengan ujian. Kerana asal keturunannya dia putus tunang. Dengan alasan yang sama juga Khalis menghalaunya. Suhaila membawa diri.

Saat dia mampu berdiri kembali, muncul Khalis menagih cintanya. Sedangkan sudah ada jejaka lain yang menanti.

Aku rindu bibik milenium aku. Tolonglah jangan tinggalkan aku.” –Khalis

Suhaila Aileen... will you marry me?”- Haris

Siapakah pilihan Suhaila? Menolak Khalis hatinya sakit. Menerima cinta Khalis, hatinya juga sakit. Mampukah kisah cinta mereka kekal hingga ke syurga jannah?

Content Outline

  Dedikasi
  Bab 1 – Bab 10
  Bab 11 – Bab 20
  Bab 21 – Bab 30
  Bab 31 – Bab 40
  Bab 41 – Bab 50
  Bab 51 – Bab 60
  Bab 61 – Bab 70
  Bab 71 – Bab 80
  Bab 81 – Bab 85
  Setitis Bicara

Instructor Biography

Hanya ingin dikenali dengan nama pena Aein Dhiyauddin, berasal dan membesar di Selangor. Anak sulung daripada sembilan adik-beradik. Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Menulis merupakan minat Aein sejak dari bangku sekolah lagi.

Bibik Milenium merupakan naskhah kedua Aein dalam bentuk novel. Sebelum ini banyak menulis cerpen dan pernah menyertai beberapa antologi cerpen di bawah nama pena Emma Kasim. Aein suka mencabar diri sendiri dengan mencuba pelbagai genre dan mahu dikenali sebagai penulis serba boleh dengan karya-karya berlainan genre.

Harapan Aein agar Bibik Milenium ini dapat diterima pembaca dan menghiburkan semua.

Copyright © 2020 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.