image

Bagi Nuha Dhamia, tidak ada istilah kahwin paksa dalam kamus kehidupannya. Kalau sudah berkahwin, kenalah buat cara orang yang sudah berkahwin. Walaupun dia ‘terkahwin’ dengan Benyamin Ziqri a.k.amamat kutub utara’ (gelaran suka hati yang dia bagi), itu bukan alasan untuk dia tidak mencuba memecahkan tembok ais yang dibina.

“Saya kahwin dengan siapa sebenarnya ya?” – Nuha Dhamia

“Hah? Apa jenis soalan macam tu?” – Benyamin Ziqri

“Jangan banyak bunyi. Jawab ajelah dulu.” – Nuha Dhamia

“Dengan sayalah.” – Benyamin Ziqri

“Hah, tahu pun. Saya ingatkan awak rasa macam Afiqah tu yang jadi suami saya.” – Nuha Dhamia

Nuha tekad melancarkan misi mencairkan hati encik suami yang dingin bak kutub utara. Masalahnya Benyamin ini dingin betul dengannya. Kadang-kadang macam orang tak ada perasaan, kadang-kadang gelakkan dia dan kadang-kadang risaukan dia pula.

“Yang degil sangat nak tunjuk hero tu kenapa? Siap panjat kerusi dengan hammer lagi. Kan saya dah cakap, biar saya yang buat. Kenapa degil sangat? Suka memanjat. Awak ni teringin nak merasa jadi Spiderman ke?” – Benyamin Ziqri

“Eh, saya boleh buatlah. Bukannya susah sangat pun. Dekat rumah sewa, saya dah biasa buat benda-benda macam tu.” – Nuha Dhamia

“Boleh tak kalau awak jangan buat saya selalu risau?” –Benyamin Ziqri

Nuha tepuk dahi sendiri. Pening betul! Confuse!

Baru sahaja misi mencairkan hati ais encik suami hampir berjaya, datang pula satu demi satu dugaan yang menganggu rumah tangga mereka.

I am used to living by myself for years until you suddenly came in. I am not used to these sudden changes yet.” –Benyamin Ziqri

Who messed with whose life in the first place?”- Nuha Dhamia

Masih adakah peluang untuk Nuha Dhamia mencairkan semua 'ais' milik Benyamin Ziqri yang membeku? Mampukah segala dugaan dilalui tanpa merosakkan kepercayaan yang ada? Mampukah bahagia menjadi milik mereka ataukah Nuha Dhamia terpaksa reda dengan segala-galanya?


Content Outline

Dedikasi
Bab 1 - Bab 3
Bab 4 - Bab 6
Bab 7 - Bab 9
Bab 10 - Bab 12
Bab 13 - Bab 15
Bab 16 - Bab 18
Bab 19 - Bab 21
Bab 22 - Bab 24
Bab 25 - Bab 27
Bab 28 - Bab 30
Bab 31 - Bab 33
Bab 34 - Bab 36
Bab 37 - Bab 39
Bab 40 - Bab 42
Bab 43 - Bab 45
Bab 46 - Bab 48
Bab 49 - Bab 51
Bab 52 - Bab 54
Bab 55 - Bab 57
Bab 58 - Bab 60
Setitis Bicara - Segmen Ilmu

Instructor Biography

Lebih selesa dikenali dengan nama pena, Yumi Hyra. Puas hidup merantau di banyak tempat orang sebelum sekarang dengan gembiranya duduk bersama keluarga. Baginya, keluarga merupakan prioriti utama di dalam hidup.

Beliau sentiasa merasakan menulis merupakan ‘gateway’ daripada kesibukan kerja yang tanpa henti. Ini merupakan novel kedua beliau selepas novel Encik Suami Mat Salih Celup. Seperti novel Encik Suami Mat Salih Celup, novel Encik Kutub Utara ini juga mengetengahkan elemen kekeluargaan dan kasih sayang.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.