AISYAH, hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba.
TENGKU ISKANDAR, dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria, membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga.
“Hoi perempuan kampung! Kau dengar sini baik-baik. Jangan ingat kau dah sah jadi isteri aku, aku akan layan kau sama seperti isteri-isteri lain di luar sana. Kau tak ubah seperti melukut di tepi gantang. Kalau bukan sebab aku nak jaga maruah aku dan keluarga aku, jangan harap aku nak kahwin dengan kau. Perempuan macam kau bukan taste aku la!!!” - Tengku Iskandar.
Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan.
Hari demi hari, hati Tengku Iskandar kian terpaut. Aisyah yang manis, Aisyah yang lembut, dan Aisyah yang tidak pernah membantah. Dia jatuh cinta. Sungguh, hatinya tidak berbohong! Saat cinta terluah, saat bahagia dikecapi, Tengku Maria datang menuntut janji. Tengku Iskandar perlu berkahwin dengan Puteri Waiduri.
“Siapa kata abang nak Aisyah keluar dari kondo ni? Kondo ni tempat Aisyah. Takde sesiapa boleh gantikan tempat Aisyah kat sini.” - Tengku Iskandar.
Tengku Maria mengamuk apabila mengetahui hubungan rahsia mereka. Tanpa belas kasihan, dia menghalau Aisyah dari kondominium anaknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan. Kehilangan Aisyah menjadikan Tengku Iskandar murung. Sasau dia jadinya.
Mengapa dugaan harus terjadi saat hati melakar cinta? Ke mana agaknya Aisyah menghilang? Mampukah dua hati bersatu kembali mengecapi bahagia?
Content Outline
Instructor Biography
Aku lebih dikenali sebagai Wardina Aisyah dalam dunia penulisan. Kenapa aku memilih nama pena Wardina Aisyah sebagai pilihan? Ini kerana aku menjadikan Saidatina Aisyah sebagai idolaku. Manakala nama Wardina aku pilih kerana aku meminati peribadi muslimah yang ditonjolkan oleh Wardina Saffiyyah. Maka terjadilah nama pena Wardina Aisyah yang membawa aku terjun ke bidang penulisan. Bidang yang amat aku minati sedari sekolah rendah lagi.
Bekerja sebagai seorang penjawat awam di salah sebuah jabatan kerajaan di Kota Kinabalu, menulis sambil bekerja merupakan satu cabaran terbesar buatku. Dalam menyelesaikan sesuatu manuskrip, aku juga terpaksa berdepan dengan kerja yang tak pernah ada kesudahannya di pejabat. Kerana itu, aku perlu bijak membahagikan masa yang ada. Masa kerja dan menulis disamping masa untuk suami dan anak-anak.
‘Isteri Dalam Sangkar’ merupakan buah tanganku yang ketiga bersama Love Novel. Menulis kisah Tengku Iskandar dan Aisyah, aku terpaksa berdepan dengan dugaan apabila manuskrip yang telah ditaip sebanyak 15 bab itu hilang dalam simpanan kerana virus yang terdapat dalam pendrive. Walaupun begitu, aku gigih membina semula manuskrip yang hilang. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan usahaku. Hilang dalam simpanan namun ia kekal dalam ingatan. Berbekalkan ingatan inilah aku gigih menyiapkan semula manuskrip yang telah hilang.
Sebagai seorang penulis, aku juga tidak lepas dari masa bangun dan jatuh. Namun itu bukanlah penyebab untuk aku menjadi seorang yang mudah menyerah. Sokongan mereka yang sering memberi kata semangat membuatkan aku belajar memperbaiki diri. Terima atas segalanya.
Reviews
Average Rating
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.
ONLINELEARNINGACADEMY
good story
Suganthee Rajaram
awesome