image

Dia bukan putera raja impian. Juga bukan jenis Prince Charming idaman semua. Malah, bukan calon untuk dijadikan suami. Pendek kata, dia bukan pilihan akal. Tapi... akal kata jangan, hati tetap teruja. Akal kata tak usah, hati kata tak apa. Bila akal mahu menyebelahi rasa, hati pula ingatkan jangan main api bara. Hakikatnya, soal hati sukar ditelah. Lalu dibiarlah takdir menentukan hala mereka.

 

Mohd. Haiman dan Wardah Umayra. Duda... Gadis... Beza umur 14 tahun.
Mendapat bos yang sukar untuk dikawal bukanlah satu perkara yang mudah. Namun bagi Wardah, lelaki yang bernama Haiman itu juga harus tahu yang dirinya bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia menjalankan misi gila. 

 

‘Huh, tak nak mengaku aku ni assistant kau ya? Kau tunggu, lepas setahun aku akan pastikan yang kau tak nak lepaskan aku sebagai assistant kau!’ - Wardah
Tapi Wardah lupa, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Bila saat itu tiba, kenapa dia perlu rasa? Bertahun-tahun dia cuba melupakan dan pada saat dia percaya diri pulih sepenuhnya, dia bertemu semula dengan lelaki itu. 

 

“…you left that day without a word! Now you’re standing in front of me with this burden and what do you expect me to do???” - Wardah


I didn’t mean to hurt you, Wardah. I was trying so hard not to ruin your life all this while but fate brought us here.” - Haiman

 

Sungguh dia tersepit antara kehendak hati dan akal.

 

Sekali aje, Wardah. Sekali you sambut hujung jari I ni, sampai mati I ada untuk lindungi you.” - Haiman

 

Lalu di mana pengakhirannya kisah mereka? Fighting with someone attached to your heart for many years, is never been easy...


Content Outline

Dedikasi & Prolog
Bab 1 - Bab 20
Bab 21 - Bab 40
Bab 41 - Bab 60
Bab 61 - Bab 69
Epilog & Setitis Bicara

Instructor Biography

Kisah Encik Haiman & Wardah ini mula ditulis sejak tahun 2013 lagi, serentak dengan AQ menconteng kisah Chyrill si Mr. Awesome Guy. Cumanya jodoh Chyrill dengan penerbit lebih cepat berbanding Encik Haiman yang lebih liat jodohnya.

 

AQ dengan rendah diri mengaku, naskhah ini jauh daripada sempurna. Jika ada isinya yang baik boleh dijadikan pedoman, itu adalah pinjaman ilham-Nya kepada AQ. Manakala yang pincang dan sumbang itu datang daripada AQ sendiri yang banyak kelemahan, yang masih bertatih mengimbangkan diri untuk terus menitip langkah.

 

Moga-moga dunia Encik Haiman &Wardah ini, ada lakaran katanya yang membuatkan anda tersenyum. Senyum anda, bahagia AQ. Namun jika naskhah ini tidak mampu menjentik senyum dalam hati anda, izinkan AQ nangis dulu. AQ janji akan berusaha untuk memperbaikinya dari masa ke masa, pinky promise!

 

Akhir kata, selamat menyelami dunia Encik Haiman danWardah yang pelbagai warna. Perjalanan yang dilalui mereka, mungkin pernah juga kita lalui atau mungkin akan kita tempuhi. Apa jua yang berlaku, kuncinya hanya satu. DIA tahu apa yang terbaik untuk berlaku.

 

Happy reading!

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.