image

Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato’ Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih daripada seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut.

Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu.

Kerana manusia bernafsu binatang, satu tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat.

Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat, apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan. 

Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato’ Syed Qassim!

“Voiceless or not, it doesn’t matter. My feelings for you won’t ever change. Please have faith in me, little one.”  ~ Kata salah seorang Syed!


Content Outline

Dedikasi
Prolog
Bab 1 - Bab 3
Bab 4 - Bab 6
Bab 7 - Bab 9
Bab 10 - Bab 12
Bab 13 - Bab 15
Bab 16 - Bab 18
Bab 19 - Bab 21
Bab 22 - Bab 24
Bab 25 - Bab 27
Bab 28 - Bab 30
Bab 31 - Bab 33
Bab 34 - Bab 36
Bab 37 - Bab 39
Bab 40 - Bab 42
Bab 43 - Bab 45
Bab 46 - Bab 48
Bab 49 - Bab 51
Bab 52 - Bab 54
Bab 55 - Bab 57
Bab 58 - Bab 60
Bab 61 - Bab 63
Bab 64 - Epilog
Setitis Bicara - Segmen Ilmu

Instructor Biography

Aii Fariza atau nama sebenarnya ialah Syarifah Jariah Binti Farid. Merupakan anak pertama dari lapan beradik. Dilahirkan di Kuala Kangsar pada 16 Jun 1992. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Al-Furqan, Kuala Kangsar, Perak. Kemudian memasuki Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak.

Selepas SPM, Aii Fariza menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia selama setahun. Setelah itu, beliau menyambung pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Aii Fariza kini pemegang ijazah dalam bidang Bahasa Arab dan Komunikasi.

Minat membaca novel wujud sejak diperkenalkan oleh rakan baik bernama Halilah Najid pada 2005. Pada 2006, Aii Fariza tiba-tiba berminat menulis cerpen. Rakan-rakan beliau selalu membaca karya-karya yang dicoret dalam buku tulis dan test pad. Dan bermula tahun 2011, Aii Fariza mula mendapat keyakinan untuk menulis novel secara serius.

Novel Makmum Yang Paling Aku Cinta, merupakan karya kelima Aii Fariza. Harapan Aii Fariza, semoga ramai pembaca mendapat manfaat daripada naskhah tersebut. Segala yang baik itu datang daripada Allah SWT dan segala yang kurang disandarkan atas kelemahan Aii Fariza. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.