image

KEMILAU PUBLIKA SDN BHD


Kemilau Publika Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2009, sebuah syarikat penerbitan bercitrakan kreativiti dan prolifik demi menyahut gagasan masyarakat berilmu. Berbekalkan komitmen dan aspirasi yang tinggi, syarikat ini terus mara dengan menawarkan aneka bahan bacaan karya fundamental Islami. Kami mensasarkan kualiti bahan dan produk bacaan yang layak menyentuh khalayak, bahkan keluar dari lingkaran konvensi.

 

Dengan kesedaran "MENDEKATKAN ANDA PADA-NYA" telah memandu kami ke laman ini. Kami fokuskan gerak kerja sepenuhnya dalam bidang penerbitan dan penulisan. Bukan sekadar bercita-cita menerbitkan karya yang ditulis oleh pengarang yang berkapasiti dalam disiplin ilmu tertentu, malah kami mengorak selangkah dengan mempelbagaikan genre penulisan dari non-kreatif melangkaui kreatif.

 

Kami yakini dengan komitmen yang tinggi, optimis dan keikhlasan adalah aset utama bagi menerajui gagasan yang dipikul oleh setiap individu yang bernaung di bawah Kemilau Publika Sdn Bhd. Ke arah mencapai reputasi dan wibawa syarikat penerbitan alternatif di tanah air, kami sentiasa bersedia menongkah arus dan tekal berprinsip.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.